Berita Harian

Ferrari tiada cukai jalan 10 tahun dikesan

-

Gombak: Op Khas Bersepadu Genting, di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK), di sini, semalam mengesan sebuah kereta Ferrari yang tidak pernah memiliki cukai jalan selama 10 tahun.

Operasi diadakan dua hari bermula pagi kelmarin di dua lokasi, iaitu di Plaza Tol Gombak dan Jalan Batang Kali-genting itu menyaksika­n 572 saman dikeluarka­n Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor serta Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Ketua JSPT Selangor, Superinten­dan Azman Shariat, berkata operasi memberi tumpuan kepada kenderaan membabitka­n kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi dikesan menjadikan lebuh raya berkenaan sebagai litar lumba ketika hujung minggu.

“Operasi ini turut dibantu anggota JSPT Bukit Aman, selain disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan JPJ. Hasilnya pihak polis mengeluark­an 355 saman membabitka­n pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 94 saman membabitka­n kesalahan lesen memandu, 31 saman kerana tiada cermin sisi, kesalahan membabitka­n cukai jalan sebanyak 54 saman, nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i 90 saman, 12 saman kesalahan tali pinggang keledar, enam kesalahan menggunaka­n lorong kecemasan, 15 saman bagi kesalahan lesen P dan L serta 49 saman kerana lain-lain kesalahan,” katanya ketika sidang media selepas operasi semalam.

Lapan lelaki ditahan

Beliau berkata, sebahagian daripada saman dikeluarka­n itu dikenakan terhadap pemilik dan pengguna motosikal berkuasa tinggi serta kereta mewah yang dikesan ‘tidak cukup sifat’.

“Dalam operasi ini juga pihak polis turut menahan lapan lelaki kerana kesalahan membabitka­n dadah, memandu secara berbahaya, memandu di bawah pengaruh alkohol dan menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu, manakala seorang wanita Vietnam turut ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah.

“Pihak JPJ mengeluark­an 217 saman membabitka­n pelbagai kesalahan. Manakala pihak AADK melakukan ujian air kencing terhadap 75 individu dan 16 daripada mereka ditahan selepas didapati positif dadah,” katanya.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS /BH] ?? Azman
(dua dari kanan) pada Operasi Bersepadu Khas Genting di Plaza Tol Gombak, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS /BH] Azman (dua dari kanan) pada Operasi Bersepadu Khas Genting di Plaza Tol Gombak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia