Berita Harian

‘Usah terpedaya berita tular di media sosial’

-

Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan jangan mudah mempercaya­i berita tular yang tidak disahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai tangkapan berkaitan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, akhir bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata maklumat tangkapan yang tular dalam media sosial, baru-baru ini, tidak boleh dianggap sahih dan dipercayai bulat-bulat.

“Kita meminta orang ramai jangan mengambil berita tular yang tidak disahkan PDRM sebagai sumber rujukan bagi kes itu.

Berita boleh direka

“Berita sedemikian boleh direka begitu sahaja sebelum ditularkan,” katanya kepada NSTP, semalam.

Beliau diminta mengulas penyebaran maklumat bahawa polis dikatakan menahan seorang lelaki didakwa ketua sebuah kumpulan kongsi gelap dan berperanan sebagai orang tengah mengupah sekumpulan gengster mengawal kuil berkenaan sehingga tercetus kekecohan pada hari terbabit.

Mazlan berkata, maklumat tular berkenaan adalah tangkapan ke atas seorang suspek pada 3 Disember lalu yang kemudian direman tiga hari bagi membantu siasatan kes kekecohan itu.

“Suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis pada 6 Disember lalu, namun siasatan ke atasnya masih diteruskan.

“Justeru, kita meminta orang ramai supaya jangan sewenang-wenang menyebarka­n sebarang berita tidak berasas kerana boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang tertentu,” katanya.

Kita meminta orang ramai jangan mengambil berita tular yang tidak disahkan PDRM sebagai sumber rujukan bagi kes itu” Mazlan Mansor, Ketua Polis Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia