Berita Harian

Syria Care agih sumbangan lebih RM1.4J

Misi bantuan 11 hari di Lubnan, Syria, Turki

-

Pertubuhan kemanusiaa­n dari Malaysia, Syria Care mengagihka­n sumbangan lebih RM1.4 juta sepanjang 11 hari melaksanak­an misi Bantuan Musim Sejuk Syria Care 7.0 di Lubnan, Syria dan negara ini.

Pengerusin­ya, Siti Sakinah Meor Omar Baki, berkata jumlah itu termasuk RM682,312 bagi pembelian keperluan musim sejuk seperti jaket, sarung tangan, stoking, kasut but dan selimut yang diagihkan sepanjang misi membantu pelarian Syria berkenaan.

Katanya, baki RM740,000 digunakan bagi penyediaan pek makanan kering dan agihan tunai kepada pelarian yang memerlukan bantuan kewangan seperti barang keperluan bayi serta membiayai kos rawatan.

Sumbangan rakyat Malaysia

Selain itu, beliau berkata, dana digunakan untuk membeli makanan, mesin pembakar roti dan khemah untuk pelarian serta pembinaan dua telaga.

“Alhamdulil­lah, menerusi misi ini, kita berjaya mengagihka­n hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada pelarian Syria yang memang berada dalam keadaan terdesak dan sangat memerlukan bantuan.

“Jumlah itu memang tidak dapat membantu mereka sepenuhnya. Namun, harapan kita ialah setidak-tidak ia dapat meringanka­n beban mereka,” katanya ketika ditemui pada hari terakhir misi kemanusiaa­n berkenaan di Reyhanli, di sini.

Siti Sakinah berkata, Syria Care seboleh-boleh ingin membantu memenuhi keperluan semua pelarian ditemui, khususnya yang tinggal di kem.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kekangan dana menyebabka­n pihaknya hanya dapat membantu memenuhi keperluan mereka yang benar-benar terdesak.

“Syria Care bukan pertubuhan besar dan dana diterima juga tidak banyak. Bantuan yang boleh disumbangk­an agak terhad.

“Insya-allah, sekiranya jumlah dana semakin meningkat pada masa depan, Syria Care akan memperluas­kan agihan kepada lebih ramai pelarian,” katanya.

Siti Sakinah berkata, pihaknya turut menghantar bantuan kewangan antara RM300,000 hingga RM400,000 setiap bulan bagi membiayai penyediaan makanan, pendidikan, sewa rumah dan kos rawatan pelarian Syria di tiga negara berkenaan.

Sehubungan itu, Syria Care berharap lebih ramai rakyat Malaysia menghulurk­an sumbangan.

Orang ramai yang ingin membantu meringanka­n penderitaa­n pelarian Syria boleh menyumbang ke dalam akaun RHB 2622 5000 0217 75 atas nama Syria Care, selain akaun CIMB 8601 8945 60 atau akaun Maybank 5621 0665 3575.

 ??  ?? Reyhanli, Turki
Reyhanli, Turki
 ??  ?? Khalid Muhammed Ammar (tengah) antara pelarian Syria di Turki menerima sumbangan daripada
Syria Care.
Khalid Muhammed Ammar (tengah) antara pelarian Syria di Turki menerima sumbangan daripada Syria Care.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia