Berita Harian

AFFIN ISLAMIC

Tumpu pasaran pembiayaan baharu

- Oleh Alzahrin Alias

Affin Islamic Bank Bhd (Affin Islamic) optimis prestasi kewanganny­a dapat dipertingk­atkan tahun depan dengan menumpukan kepada pasaran pembiayaan baharu, khususnya produk pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Nazlee Khalifah, berkata kini 90 peratus pembiayaan cabang perniagaan Affin Bank Bhd itu adalah bagi segmen pembiayaan perumahan atau gadai janji.

“Jika dilihat kepada risiko, segmen gadai janji mempunyai risiko yang rendah berbanding pembiayaan PKS, namun segmen gadai janji mempunyai margin yang kecil selain terlalu banyak persaingan daripada institusi perbankan yang lain.

“Walaupun segmen ini agak perlahan tetapi ia menunjukka­n peningkata­n berbanding 2017 kepada Affin Islamic. Faktor ekosistem hartanah semasa juga memainkan peranan dalam pembiayaan ini.

“Lantaran itu, Affin Islamic beralih fokus kepada pembiayaan PKS dengan tiga produk pembiayaan baharu akan diperkenal­kan tahun hadapan,” katanya kepada NSTP baru-baru ini.

Affin Islamic juga mempunyai hubungan kerjasama dengan Credit Guarantee Corp Bhd (CGC) bagi Skim Jaminan Portfolio CGC untuk memudahkan PKS dalam mendapatka­n pembiayaan daripada bank.

Beliau berkata, kerjasama dengan CGC itu memberi jaminan risiko kepada bank dan sehingga kini sebanyak RM26 juta pembiayaan diberikan membabitka­n 40 syarikat di bawah skim itu.

Skim itu memperuntu­kkan RM100 juta pembiayaan yang merangkumi RM40 juta bagi pembiayaan konvension­al dan RM60 juta pembiayaan islamik.

“Saya yakin lebih banyak pembiayaan akan diberikan tahun hadapan. Malah Affin Islamic juga bakal melancarka­n pembiayaan khusus kepada industri halal di Malaysia.

Ambil kira pembiayaan

“Industri halal mempunyai potensi besar bukan saja di pasaran tempatan malah dunia tetapi tidak ramai usahawan PKS mendapat pembiayaan khusus bagi industri itu. Ia tidak menumpukan kepada pengeluar tetapi turut mengambil kira pembiayaan kepada rantaian bekalan produk halal, bukan saja pengeluar tetapi rantaian sokongan produk halal itu.

“Proses dari awal hingga ke pengguna pasti akan membabitka­n banyak pihak, lantaran itu Affin Islamic ingin meneroka pembiayaan kepada syarikat terbabit,” katanya.

Nazlee berkata, ketika ini Affin Islamic menyumbang 39 peratus kepada portfolio keseluruha­n kumpulan dan disasarkan meningkat kepada 43 peratus tahun hadapan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan terus memperheba­tkan lagi pembiayaan pendidikan­nya, Affin Education Financing-i.

Katanya, pembiayaan khas itu membantu pelajar institusi pendidikan tinggi swasta membiayai yuran pengajian mereka menerusi Affin Islamic.

Sehingga kini, Affin Islamic meluluskan sebanyak 176 akaun dengan jumlah pembiayaan lebih daripada RM10 juta.

Bagi memberikan tambah nilai kepada pelanggan Affin Islamic, Nazlee berkata pihaknya juga akan melancarka­n aplikasi Affin Islamic.

“Kami akan melancarka­n aplikasi dan produk digital kumpulan sebelum Affin Islamic pula melancarka­n produk digital. Kami akui Affin Islamic dan kumpulan agak terlewat memperkena­lkan aplikasi dan perbankan internet namun ada beberapa kelebihan kepada kami.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia