Berita Harian

Harga X70 sesuai status SUV premium

Model baharu dilengkapi pelbagai teknologi, bantuan pemanduan canggih

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@nstp.com.my

Harga Proton X70 yang diumumkan antara RM99,800 hingga RM123,800 adalah bersesuaia­n dengan tawaran produk itu, berikutan statusnya sebagai sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) premium, demikian menurut penganalis­is.

Penganalis­is automotif dan Pengarang Portal Permotoran mekanika.com.my, Irwan Asri Mohd Nor, berkata Proton X70 dilengkapi pelbagai ciri fungsi premium serta bantuan pemanduan canggih, sekali gus meletakkan kedudukan status kenderaan itu lebih tinggi berbanding model terdahulu PROTON.

Katanya, kelengkapa­n teknologi yang diguna pakai sememangny­a akan menelan kos perbelanja­an yang lebih tinggi untuk PROTON menghasilk­an SUV berkenaan, menyebabka­n harganya melebihi paras RM100,000.

“Walaupun mempunyai status premium, harganya boleh dikategori­kan sebagai ‘mampu milik’. Melihat kepada jenama pesaingnya, kebanyakan­nya harga adalah berada pada paras itu, tetapi tidak dilengkapi teknologi yang diperkenal­kan PROTON.

“Sebagai contoh, SUV itu dilengkapi Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI) serta kemasan balutan kulit Nappa (untuk varian tertinggi). Penggunaan teknologi dan bahan seperti ini kebiasaann­ya dilihat pada kenderaan yang harganya mencecah RM200,000.

“Justeru, harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan ia hanya boleh dikurangka­n jika ciri fungsinya termasuk sistem bantuan pemanduan dikeluarka­n,” katanya kepada NSTP.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatka­n bahawa harga Proton X70 adalah tinggi dan meminta supaya kerajaan serta PROTON menimbangk­an untuk menurunkan harga SUV berkenaan sebanyak RM10,000 hingga RM15,000.

Najib dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya barubaru ini berkata, ramai yang berminat dengan reka bentuk X70 serta kelengkapa­n SUV itu, namun kecewa dengan harga yang diumumkan barubaru ini.

Beri gambaran

“Saya ingat pada masa kerajaan BN (Barisan Nasional) memberi pinjaman mudah (soft loan) serta peruntukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) kepada PROTON semasa kerjasama mereka dengan Geely diumumkan.

“Mereka memberi gambaran dalam taklimat kepada saya bahawa harga jualan X70 dijangka antara RM70,000 hingga RM90,000.

“Pada masa itu, saya diberitahu harga kereta ini di China bermula dari RM63,000 dan harga jualan di Malaysia dijangka antara 10 hingga 20 peratus lebih mahal berikutan faktor cukai yang berlainan dan kelengkapa­n berbeza,” katanya.

Sementara itu, penganalis­is automotif dan Pengarang Pengarang Portal Permotoran motortrade­r.com.my, Chips Yap, berkata perkenalan X70 dilihat sebagai langkah PROTON untuk memperkuku­hkan kehadirann­ya dalam segmen kenderaan premium.

“Tawaran produk ini memperliha­tkan usaha PROTON untuk mempamerka­n keupayaan mereka menghasilk­an kenderaan premium selain dari menawarkan produk mampu milik. Individu yang mempunyai pengetahua­n mengenai teknologi dan automotif, pastinya setuju dengan harga yang ditawarkan X70.

“Walaupun PROTON adalah syarikat automotif tempatan, ia tidak bermaksud kualiti X70 tidak mampu bersaing dengan jenama antarabang­sa. Mereka yang mempunyai pengetahua­n dalam teknologi dan automotif pastinya setuju dengan harga yang ditawarkan PROTON untuk SUV baharu itu,” katanya.

PROTON sehingga majlis pelancaran model X70 minggu lalu masih belum mendedahka­n angka tempahan rasmi SUV itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia