Berita Harian

Dakwaan belia minta gaji tinggi tidak benar

-

Laporan Kajian Peralihan Sekolah ke Pekerjaan (SWTS) yang dilancarka­n oleh Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) baru-baru ini mendedahka­n bahawa permintaan gaji ‚tidak realistik‘ oleh golongan muda yang mencari pekerjaan adalah tidak benar.

Menurut laporan itu, permintaan gaji tidak realistik itu hanyalah sekadar persepsi yang sering dikaitkan sebagai antara penyumbang kepada isu penganggur­an dalam kalangan belia di negara.

Katanya, kajian itu mendapati ramai dalam kalangan orang muda memperoleh pendapatan lebih rendah berbanding gaji yang ditetapkan hanya untuk mendapatka­n pekerjaan.

“Malah, laporan ‘Kos Bakat’ yang dikeluarka­n Universum Global, firma perundinga­n sumber manusia antarabang­sa, ditambah dengan maklum balas dari 29 negara menunjukka­n bahawa graduan Malaysia mempunyai jangkaan gaji permulaan antara yang terendah di dunia.

“Gaji yang ditetapkan adalah RM1,555 untuk pekerja muda dan RM1,715 untuk pencari kerja. Purata pendapatan bulanan pekerja muda adalah RM1,846,” katanya.

Sebagai perbanding­an, laporan itu menunjukka­n gaji minimum semasa yang ditetapkan kerajaan ketika ini adalah RM1,000 untuk Semenanjun­g dan RM920 di Sabah dan Sarawak.

Gaji ditawarkan

“Elaun bulanan peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah RM2,000 dan gaji ditawarkan kepada mahasiswa yang baru diambil bekerja adalah dalam lingkungan RM1,703 hingga RM2,682,” katanya.

Laporan SWTS oleh KRI adalah berdasarka­n kajian berhubung golongan muda berusia 15 tahun hingga 29 tahun dalam sistem pendidikan dan pasaran kerja.

Dalam pada itu, kajian itu turut menolak dakwaan bahawa golongan belia di Malaysia terlalu memilih pekerjaan dan hanya inginkan pekerjaan bayaran tinggi.

“Kajian SWTS mendapati kebanyakan pekerjaan kemahiran rendah mempunyai pekerja berkelayak­an lebih tinggi serta pekerjaan yang dimiliki tidak mempunyai kaitan dengan latar belakang bidang pendidikan mereka.

“Malah, maklum balas daripada responden menunjukka­n pendapatan tinggi berada di tangga keempat dalam senarai keutamaan mencari pekerjaan.

“Perkara yang menjadi keutamaan adalah keseimbang­an kehidupan kerja, perlindung­an sosial, dan jenis pekerjaan yang diminati,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia