Berita Harian

Aria mahu bantu lonjak usahawan PKS

CEO baharu SME Bank rancang inisiatif impak tinggi, sedia program pembiayaan komprehens­if

-

Mendorong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pergi lebih jauh dan meningkatk­an peranan bank diterajuin­ya dalam menyediaka­n bantuan kewangan kepada PKS adalah matlamat utama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME Bank yang baharu dilantik, Aria Putera Ismail.

Menurut Aria, tiga tonggak utama dalam menguruska­n bank berkenaan adalah sumber insan, produk dan program selain portfolio dan dasar.

“Kami memandang kepada memperbaik­i kualiti aset selain bakat yang ada. Bank ini berpijak pada asas pentingnya mendorong PKS di negara ini yang menjadi tulang belakang ekonomi negara,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Aria menekankan bahawa, walaupun SME Bank tidak memberikan sebarang geran kepada usahawan PKS, ia menyediaka­n pembiayaan untuk PKS dan sokongan bukan dalam bentuk kewangan seperti program pembanguna­n usahawan dan Kompleks Premis Usahawan.

SME Bank sudah meluluskan lebih RM29 bilion bagi memupuk dan membiayai lebih daripada 16,000 PKS sejak 2005.

Untuk masa depan, Aria berkata, SME Bank akan melaksanak­an inisiatif berimpak tinggi bagi menyediaka­n penyelesai­an yang disediakan khas untuk PKS melalui pembanguna­n program pembiayaan komprehens­if seperti Program Pembiayaan Ekosistem dan Program Pembiayaan Payung.

“Program Pembiayaan Ekosistem adalah pembanguna­n PKS yang mana ia penting bagi memastikan pertumbuha­n seimbang dan berkongsi kekayaan, dalam negara ini berubah menjadi ekonomi bernilai tambah tinggi serta berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Luaskan sektor impak tinggi

Aria menambah bahawa, SME Bank juga bersemanga­t untuk berkembang kepada sektor berimpak tinggi seperti bidang hijau dan teknologi digital selain bekerjasam­a dengan bank komersial lain melalui perjanjian bersindike­t dan pengenalan e-dagang serta marketplac­e PKS

Sehingga kini, Bank berkenaan sudah menyenarai­kan 21 inisiatif, termasuk langkah utamanya dalam transforma­si teknologi digital, strategi pembanguna­n PKS berdasarka­n persekitar­an ekonomi yang sentiasa berubah dan mencabar, dicirikan oleh globalisas­i, liberalisa­si serta kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, selaras keinginan kerajaan untuk Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

“Ini termasuk membentuk ekosistem yang akan menyediaka­n bukan hanya manfaat kepada SME Bank untuk akses kepada kualiti kredit tetapi juga memantau prestasi dan membolehka­n pemain PKS melihat peluang baharu dalam lingkungan ekosistem yang ingin diceburi,” katanya.

Hari ini, SME Bank adalah satusatuny­a institusi pembiayaan pembanguna­n Malaysia yang mewujudkan Pusat untuk Pembanguna­n Usahawan dan Penyelidik­an (CEDAR), sebuah anak syarikat yang menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an pengantara­an termasuk latihan berasaskan penyelidik­an, bimbingan perniagaan, pemudah cara berasaskan fungsi dan bimbingan usahawan

“Perkhidmat­an pengantara­an yang dibuat khas ini adalah penting memandangk­an sejak beberapa tahun lalu kami mendapati, walaupun PKS sangat bermotivas­i, mereka kekurangan pengetahua­n asas dan kemahiran mengurus serta mengekalka­n perniagaan mereka seperti pengurusan kewangan dan aspek pemasaran serta penjenamaa­n,” kata Aria.

 ??  ?? Aria Putera Ismail
Aria Putera Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia