Berita Harian

CJ Wow Shop yakin jualan meningkat 50 peratus

Syarikat yakin jadi peneraju platform beli-belah di rumah menjelang 2020

- Oleh Nabila Basaruddin

Rangkaian belibelah serba inovatif di rumah, CJ Wow Shop yakin untuk mencapai peningkata­n jualan sehingga 50 peratus pada 2019 berbanding sasaran RM200 juta untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kim Yang Hyun, berkata, setakat ini, platform belibelah itu mencatatka­n jumlah jualan sebanyak RM152 juta dan yakin sasaran mampu dicapai, malahan melebihi RM200 juta.

Beliau berkata, peningkata­n jualan pada tahun depan itu juga adalah sejajar dengan misi CJ Wow Shop untuk menjadi peneraju platform belibelah di rumah menjelang 2020.

“Apabila sentimen pasaran pengguna semakin pulih, kita melihat ia akan memberi kesan yang baik kepada perniagaan sekali gus mengunjurk­an pertumbuha­n jualan yang lebih baik untuk CJ Wow Shop.

Enam stesen pendaratan

“Dengan pendekatan yang lebih mesra pelanggan seperti demonstras­i dan kaedah pembelian yang pelbagai, ia menjadikan platform ini lebih mesra pengguna,” katanya kepada Bisnes NSTP di Shah Alam, barubaru ini.

Setakat ini, CJ Wow Shop mempunyai penguasaan pasaran satu pertiga bagi segmen perniagaan dan belibelah di rumah.

Platform itu juga dijangka mencapai 1.1 juta pelanggan pada hujung tahun ini dan setakat September lalu, ia mempunyai sejuta pelanggan.

Yang Hyun berkata, secara purata, CJ Wow Shop akan menerima kirakira 40,000 pelanggan baharu setiap bulan dan menjadi pelanggan setia platform itu.

“Antara segmen produk yang mendapat perhatian ramai adalah fesyen, produk berkaitan rumah, telefon pintar, gajet dan kecantikan.

“Secara purata, 100 pengguna teratas akan berbelanja sekitar RM15,000 di platform ini setiap bulan bersandark­an kepada pelbagai tarikan dan promosi produk,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia