Berita Harian

Tauke ayam kampung mahu teroka pasaran global

Pengasas Arisprop tinggal gelaran ‘bos’ sahut cabaran bina empayar perniagaan

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

“Saya ingin membina empayar perniagaan sendiri. Saya tidak mahu hanya pergi balik kerja sehingga pencen,” kata Datuk Haris Embong, 41, pemilik dan pengasas Arisprop Holdings Sdn Bhd (Arisprop).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Arisprop itu meletakkan impian tinggi sejak dari mula, iaitu ingin menjadi seorang usahawan Bumiputera berjaya walaupun terpaksa memilih jalan berliku dan menempuh pelbagai cabaran.

Meskipun pernah bergelar ‘bos’ dan bergaji lima angka berikutan memegang jawatan penting ketika berkhidmat dalam agensi kerajaan sebelum ini, Haris tidak pernah rasa keputusann­ya untuk menamatkan perkhidmat­an adalah satu kesilapan.

“Pengalaman saya bekerja sebelum ini dijadikan sebagai pedoman dan mengajar saya erti kepayahan untuk terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan.

“Saya memilih bidang ini selepas mengambil masa dua tahun untuk berfikir secara mendalam dan membina asas perniagaan lebih kukuh sebelum menempuh dunia keusahawan­an,” katanya ketika ditemui, barubaru ini.

Berbekalka­n modal permulaan RM10,000, beliau menubuhkan Arisprop pada April 2012 sebelum mengembang­kan perniagaan lebih jauh dengan menyediaka­n tapak dan reban bagi menternak ayam kampung.

Seiring dengan perjalanan masa, Arisprop terus melangkah jauh dengan membuka kilang menghasilk­an dedak di Banting, Selangor; pusat pemprosesa­n dan penyembeli­han ayam di Sungai Chua dan Klang serta kilang penghasila­n daging burger ayam kampung di Shah Alam.

Pastikan pulangan meningkat

“Alhamdulil­lah, usaha saya mendapatka­n kepercayaa­n dan keyakinan daripada pelanggan serta juga institusi kewangan. Selain modal sendiri, saya turut mendapat kerjasama dan bantuan pinjaman daripada Agrobank yang membantu saya untuk terus mengembang­kan industri ini.

“Konsep saya cukup mudah. Bermula daripada keuntungan RM10, saya berusaha untuk jadikan RM15 dan seterusnya memastikan pulangan itu sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

“Matlamat saya bukan sekadar menjadi jaguh kampung, tetapi juga meletakkan sasaran untuk muncul sebagai salah satu peserta terkemuka pada peringkat antarabang­sa,” katanya yang kini mampu merekodkan jualan enam angka sebulan dan memiliki kakitangan kirakira 120 orang.

Mengakui cabaran orang berniaga bukan mudah, Haris berkata, dunia keusahawan­an dan berperanan sebagai ketua pasukan (majikan) perlu ditangani dengan sebaik mungkin serta penuh rasa bertanggun­gjawab.

“Jika dahulu, saya hanya memikirkan tugas dan kerja saya sematamata. Cukup bulan saya akan menerima gaji daripada majikan.

“Namun kini, waktu bekerja saya bukan lagi 8 pagi hingga 5 petang, tetapi 24 jam. Saya juga perlu memikirkan kepentinga­n dan keperluan pekerja di bawah saya dengan memastikan pernia gaan terus berjalan lancar.

“Itu tidak termasuk menyusun strategi, menyediaka­n modal perniagaan dan perancanga­n yang perlu diuruskan sebaik mungkin demi memastikan perniagaan kita terus kekal berdaya saing serta meraih keuntungan,” katanya.

Berkongsi perancanga­n masa depan, ‘tauke’ ayam kampung itu juga menetapkan sasaran untuk memasuki pasaran luar negara seperti Thailand, Brunei, Indonesia, China dan Timur Tengah dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pengeluara­n ayam kampung mendapat permintaan sangat tinggi, apatah lagi produk keluaran kami memperoleh sijil halal. Arisprop bukan sekadar menghasilk­an baka ayam berkualiti tinggi tetapi pada masa sama menitik berat mengenai sumber makanan yang diperoleh serta pemprosesa­n dan penghasila­n produk akhir sebelum ia dijual kepada pelanggan.

“Bagi menampung permintaan, saya juga kini dalam proses untuk membangunk­an kilang pemprosesa­n produk burger yang dianggarka­n membabitka­n pelaburan berjumlah RM8 juta di Semenyih, pada tahun depan,” katanya.

Pada masa sama, Haris turut menitipkan nasihat kepada mereka terutama generasi muda yang berminat untuk menjadi usahawan dan memilih untuk berdikari bagi mendapatka­n sumber pendapatan.

“Jika dahulu kita sering mendapat nasihat, ‘Belajar rajinrajin (masuk universiti) nanti akan dapat kerja yang bagus’. Nasihat itu adalah baik, tetapi selari dengan peredaran masa kita perlu menukar pemikiran itu.

“Seharusnya, kita menanam nekad dan mengubah persepsi dengan ‘keluar dari universiti’ kita perlu mencipta peluang pekerja’. Dengan itu, kita bukan hanya memastikan diri sendiri akan bekerja tetapi pada masa kita membantu orang lain untuk bekerja,” katanya.

Bagaimanap­un, secara asasnya beliau berkata, fokus adalah satu aspek penting untuk memastikan setiap usaha yang dilakukan tidak menyimpang daripada matlamat asal, selain bersedia untuk menghadapi cabaran serta berjiwa kental.

 ?? [ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR / BH] ?? Haris bersama dua kakitangan­nya melihat keadaan ayam di ladang ternakan ayam kampung kacuk di Mukim Tanjung Dua Belas Banting.
[ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR / BH] Haris bersama dua kakitangan­nya melihat keadaan ayam di ladang ternakan ayam kampung kacuk di Mukim Tanjung Dua Belas Banting.
 ??  ?? Haris (tengah) bergambar bersama kakitangan­nya di ladang ternakan ayam kampung kacuk di Mukim Tanjung Dua Belas Banting.
Haris (tengah) bergambar bersama kakitangan­nya di ladang ternakan ayam kampung kacuk di Mukim Tanjung Dua Belas Banting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia