Berita Harian

FBM KLCI catat paras terendah

-

Pada minggu ke50 dalam 2018, indeks KLCI dibuka pada paras 1,674.67 mata, 5.87 mata lebih rendah berbanding penutup pada minggu sebelumnya. Pada hari kedua, indeks terus jatuh hingga mencecah ke paras 1,652.63, paras terendah untuk tahun ini dan juga terendah sejak 5 Januari 2017.

Pada hari ketiga pasaran pulih sedikit dengan kenaikan hingga ke 1,663.27 dan kenaikan di sambung ke hari ke empat hingga ke 1,676 mata.

Namun, pasaran kembali lemah pada Jumaat dan ditutup pada paras 1,661.96. Secara mingguan indeks ditutup 18.58 mata lebih rendah dan ini adalah paras terendah sejak Januari 2017.

Paras sokongan seterusnya adalah pada paras 1,650 dan 1,620 mata. Jumlah dagangan juga merosot bawah dari paras 10 bilion dengan jumlah saham bertukar tangan hanya sebanyak 9.212 bilion saham dengan nilai RM7.849 bilion.

Nilai ini adalah terendah untuk tahun ini bagi minggu perdaganga­n lima hari.

Pelabur asing adalah penjual bersih untuk minggu lalu dengan nilai bersih sebanyak RM314.27 juta. Pelabur asing telah menjadi penjual bersih selama enam minggu berturuttu­rut.

Sejak Mei hingga sekarang, pelabur asing menjadi penjual bersih sebanyak RM14.615 bilion.

Antara faktor yang menyumbang kepada keadaan pasaran yang lembab pada minggu lalu adalah perkembang­an perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)china yang tidak menentu, Brexit, kejatuhan harga minyak, masalah akaun Tabung Haji dan sebagainya.

Ke manakah arah tuju pasaran selepas ini?

Pada kebiasaann­ya, harga penutup pada akhir tahun adalah sangat penting. Harga ini selalu digunakan sebagai tanda aras untuk membuat penilaian oleh pengurus dana.

Oleh itu, hampir setiap tahun, akan ada aktiviti menghias akaun supaya harga tutup saham tidak berada pada paras terendah pada akhir tahun.

Kaunter yang akan menjadi tumpuan adalah yang berkaitan dengan indeks FBM KLCI. Kegiatan menghias akaun ini biasanya akan bermula pada pertengaha­n Disember akan melimpah hingga Tahun Baharu Cina.

Pada minggu lalu, hanya satu kaunter sahaja yang mencecah 52 minggu tertinggi iaitu SCIENTEX BHD RM9.48.

Untuk pergerakan harian, KLCI susut 17.23 mata kepada 1,663.31. Pasaran saham di Asia merosot pada Isnin berikutan data perdaganga­n China yang dikeluarka­n pada hujung minggu adalah lebih lemah daripada jangkaan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.654 bilion dan nilai pasaran susut kepada RM1.374 bilion. Semua indeks Bursa ditutup rendah.

Kaunter yang mencatatka­n keuntungan termasuk HIBISCS (LP: RM1.05, +RM0.04),PADINI(LP:RM3.89,+RM0.09), dan ASTRO (LP: RM1.38, + RM0.02).

Kaunter rugi termasuk TOPGLOV (LP:RM5.55, RM0.35), GENTING (LP:RM6.05, RM0.21), SIMEPLT (LP:RM4.48, RM0.21), DUFU (LP:RM2.32, RM0.19), PRESBHD (LP:RM0.305, RM0.15),CIMB(LP:RM5.65,RM0.13),DIGI (LP:RM4.39, RM0.10), MYEG (LP:RM1.05, RM0.09), MATRIX (LP:RM1.90, RM0.08), SERBADK (LP:RM3.62, RM0.08), GENM (LP:RM2.81, RM0.06), YONGTAI (LP:RM0.355,RM0.02),SIME (LP:RM2.29, RM0.05) dan POS (LP:RM2.01, RM0.05).

KLCI susut 10.68 mata kepada 1,652.63. Pasaran saham di Asia diniagakan bercampur pada petang Selasa dalam sesi yang tidak menentu di Wall Street yang menyaksika­n Dow pulih dari kejatuhan 507 mata.

Jumlah dagangan menurun kepada 1.432 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM1.507 bilion. Semua indeks Bursa ditutup rendah kecuali untuk Penjagaan Kesihatan.

Kaunter untung termasuk termasuk UMW (LP: RM5.77, + RM0.24), HARTA (LP: RM6.37, + RM0.13), GAMUDA (LP: RM2.33, + RM0.05), INARI (LP: RM1 .72, + RM0.03), IHH (LP: RM5.49, + RM0.09), dan FRONTKN (LP: RM0.77, + RM0.025).

Kaunter rugi termasuk BAT (LP: RM36.00, RM0.70), QL (LP: RM6.56, RM0.24), PMETAL (LP: RM4.67, RM0.16), CIMB (LP: RM5. 51, RM0.14), MAXIS (LP: RM5.22, RM0.14), PADINI (LP: RM3.75, RM0.14), POS (LP: RM1.92, RM0.09), FGV (LP: RM0.72, RM0.05), MYEG (LP: RM1.01, RM0.04), AXREIT (LP: RM1.50, RM0.04), HIBISCS (LP: RM1.02, RM0.03), JAKS (LP: RM0.445, RM0.03), DNEX (LP: RM0.215, RM0.025), MRCB (LP: RM0.635, RM0.02), dan PRESBHD (LP: RM0.29, RM0.015).

KLCI naik 10.64 mata kepada ditutup pada 1,663.27. Pasaran saham Asia ditutup di wilayah positif pada Rabu selepas pelbagai laporan berita menunjukka­n penurunan dalam ketegangan antara AS dan China.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.065 bil dan nilai pasaran meningkat kepada RM1.937 bilion. Indeks Bursa ditutup bercampurc­ampur.

Kaunter untung termasuk CIMB (LP:RM5.75, + RM0.24),HIBISCS (LP: RM1.05, + RM0.03), SUPERMX (LP: RM3.71, + RM0.17), AIRPORT (LP: RM7.83, + RM0.16), IHH (LP: RM5.60,+ RM0.11), TOPGLOV (LP: RM5.70, + RM0.16), PADINI (LP:RM3.80, + RM0.08), DUFU (LP: RM2.39, + RM0.05), dan PERMAJU (LP: RM0.38, + RM0.02).

Kaunter rugi termasuk MYEG (LP: RM0.84 RM0.17), SICOM (LP: RM1.00, RM0.15), UMW (LP: RM5.65, RM0.12), LCTITAN (LP: RM4.48, RM0.12), AIRASIA (LP: RM2.54, RM0.10), GTRONIC (LP: RM1.76, RM0.10), SPSETIA (LP: RM2.30, RM0.10), ASTRO (LP: RM1.28, RM0.09), SENDAI (LP: RM0.53, RM0.06), IJM (LP: RM1.55, RM0.04), MBSB (LP: RM0.96, RM0.03), MALAKOF (LP:RM0.75, RM0.03), dan SANICHI (LP: RM0.10, RM0.02).

Pada Khamis, KLCI naik 12.73 mata untuk ditutup pada 1,676.00. Sahamsaham di pasaran Asia ditutup lebih tinggi pada hari itu, dengan sahamdi China mencatat keuntungan yang besar selepas momentum positif yang dilihat di Wall Street semalaman.

Jumlah dagangan menurun kepada 1.565 bilion dan nilai pasaran menurun kepada RM1.648 bilion. Indeks Bursa ditutup hijau kecuali hartanah dan REIT.

Kaunter untung termasuk AIRPORT (LP: RM8.03, + RM0.20), AIRASIA (LP:RM2.66, + RM0.12), AXIATA (LP: RM3.88, + RM0.12), ABMB (LP: RM4 .12, + RM0.11), AMBANK (LP:RM4.43, + RM0.09), MYEG (LP: RM0.925, + RM0.085), ASTRO (LP: RM1.36, + RM0.08) , SIME (LP:RM2.34, + RM0.07), dan TECHBND (LP: RM0.950, + RM0.055).

Kaunter rugi termasuk WPRTS (LP:RM3.68 RM0.12), PADINI (LP: RM3.69, RM0.11), DRBHCOM (LP: RM1.80, RM0.09), HARTA (LP:RM6.30 , RM0.09), GKENT (LP: RM0.915, RM0.06), SENDAI (LP: RM0.49, RM0.04), N2N (LP:RM0.885, RM0.035), dan CARIMIN (LP: RM0.415, RM0.03).

KLCI susut 14.04 mata kepada 1,661.96. Indeks pasaran Dow Jones Industrial Average menunjukka­n penurunan lebih daripada 200 mata untuk indeks pada pembukaan Jumaat, kerana pasaran di Asia yang ditutup lebih rendah selepas dua sesi berturuttu­rut yang mencatatka­n keuntungan.

Jumlah dagangan menurun kepada 1.497 bilion dan nilai pasaran menurun kepada RM1.384 bilion. Indeks Bursa ditutup merah kecuali Utiliti dan Hartanah.

Kaunter untung termasuk KIANJOO (LP:RM2.63, + RM0.60), CANONE (LP: RM2.14, + RM0.21), AIRASIA (LP: RM2.74, + RM0.08), YTL (LP:RM1.05, + RM0.04), MALAKOF (LP: RM0.795, + RM0.025), dan SIMEPROP (LP: RM0.955, + RM0.025).

Kaunter rugi termasuk PADINI (LP: RM3.47 RM0.22), UCHITEC (LP: RM2.49, RM0.21), UMW (LP:RM5.50, RM0.20), IHH (LP: RM5.40, RM0.20), INARI (LP: RM1.63, RM0.06), VS (LP: RM1.17, RM0.15), POS (LP: RM1.72, RM0.15), CMSB (LP: RM2.89, RM0.11), MFLOUR (LP: RM0.71, RM0.095), dan FGV (LP: RM0.635, RM0.055).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia