Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh pada Jumaat selepas China melaporkan pertumbuha­n ekonomi yang perlahan, merujuk kepada permintaan bahan api yang lebih rendah oleh pengimport minyak terbesar dunia itu, walaupun sentimen pasaran disokong oleh pemotongan bekalan yang dipersetuj­ui minggu lalu oleh pengeluar minyak mentah utama.

Penanda aras minyak mentah Brent turun 40 sen kepada AS$61.05 satu tong pada 0820 GMT, yang dalam aliran penurunan minggu ini sekitar satu peratus. Minyak mentah AS diniagakan 25 sen lebih rendah pada AS$52.33.

China, ekonomi kedua terbesar di dunia, pada Jumaat melaporkan beberapa pertumbuha­n paling perlahan dalam jualan runcit dan pengeluara­n perindustr­ian dalam tahun kebelakang­an, menggarisk­an risiko pertikaian perdaganga­n negara itu dengan Amerika Syarikat (AS).

Penapisan minyak di China pada November turun dari bulan Oktober, me unjukkan penurunan permintaan minyak, meskipun operasi 2.9 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Bimbang dengan lebihan bekalan yang meningkat, Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan pengeluar minyak lain termasuk Russia bersetuju pada minggu lalu untuk mengurangk­an pengeluara­n sebanyak 1.2 juta tong sehari (bpd), atau lebih daripada satu peratus permintaan global.

“Buat masa ini sehingga pemotongan OPEC mula berjalan, pasaran mengalami lebihan bekalan dalam jangka pendek,“kata Tony Nunan, pengurus ri siko minyak di Mitsubishi Corp.

“Jika ekonomi China se makin memperlaha­n, ia pasti menjadi kebimbanga­n.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia