Berita Harian

Aliran menurun berterusan

Indeks komposit dijangka kekal bawah paras 1,700 mata akibat ketidakten­tuan pasaran luar

-

Aliran menurun di Bursa Malaysia ketika ini dijangka berterusan ke minggu ini dengan indeks komposit kekal di bawah paras 1,700 mata, terjejas oleh keadaan tidak menentu dalam pasaran luaran.

Ketua Penyelidik­an Inter-pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata sentimen dalam pasaran akan banyak dipengaruh­i oleh aktiviti pasaran (belian/ jualan) dalam kalangan pelabur asing yang bimbang dengan landskap pelaburan global, terutama perkembang­an dalam ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china.

“Saya rasa perkembang­an luaran akan banyak mempengaru­hi Bursa kerana pelabur tempatan akan sangat berhati-hati di tengah-tengah berita yang Lembaga Tabung Haji (TH) merancang untuk menjual sebahagian besar portfolion­ya dalam pasaran, terutama saham permodalan kecil.

“Kita jangkakan satu satu pusingan jualan akan berlaku sekiranya TH meneruskan rancangann­ya itu,” katanya kepada Bernama.

TH dilaporkan sebagai berkata, akan mengurangk­an pen- dedahannya dalam pasaran ekuiti sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan untuk meningkatk­an kewangan.

“Keputusan TH itu akan memberi kesan kepada sentimen pemain tempatan, kerana pelabur asing, saya percaya telahpun mempunyai pandangan positif terhadap Malaysia.

“Mereka sedar bahawa Malaysia adalah satu daripada sebilangan kecil pasaran sedang pesat membangun yang mencatatka­n lebih akaun semasa secara konsisten,” katanya kepada Bernama.

Dari segi permodalan pasaran, pendedahan semasa terbesar TH adalah dalam saham permodalan kecil yang menyumbang 53.8 peratus, permodalan besar (19 peratus), permodalan mikro (14.8 peratus) dan permodalan sederhana (12.4 peratus)

Beliau berkata, paras ketahanan pertama bagi FBM KLCI minggu ini dijangka berada pada 1,669, diikuti 1,675 dan 1,686, manakala paras sokongan segera pada 1,659, diikuti 1,655, dan 1,644.

“Saya harap akan ada aktiviti memperelok­kan akaun ke arah penghujung tahun untuk merangsang pasaran dan hakikat perubahan dalam sentimen terhadap Malaysia dalam kalangan pengurus dana asing, sekiranya berterusan, akan menjadi lebih positif daripada keadaan pada masa ini,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakan­nya rendah berikutan faktor luaran termasuk keyakinan rapuh pelabur terhadap perjanjian perdaganga­n As-china ketika ini, serta kebimbanga­n akan pertumbuha­n ekonomi China.

Pasaran saham tempatan juga dipengaruh­i oleh prestasi di Wall Street dan pasaran serantau serta harga minyak mentah dunia.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 18.58 mata untuk ditutup kepada 1,661.96.

Indeks FBM Emas turun 178.43 mata kepada 11,419.11, Indeks FBMT100 susut 162.39 mata kepada 11,317.53, FBM 70 jatuh 329.43 mata kepada 13,193.56, Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 259.95 mata kepada 11,348.28, dan FBM Ace turun 294.28 mata kepada 4,390.11.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 77.28 mata kepada 17,357.76,Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian susut 2.24 mata kepada 166.80, manakala Indeks Perladanga­n jatuh 187.45 mata kepada 6,647.66.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, jumlah dagangan mingguan menguncup kepada 9.21 bilion unit bernilai RM7.85 bilion daripada 10.81 bilion unit bernilai RM9.4 bilion yang dicatatkan pada Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 6.47 bilion unit bernilai RM7.30 bilion berbanding 7.72 bilion unit bernilai RM8.58 bilion.

Jumlah dagangan waran turun kepada 1.74 billon unit bernilai RM400.27 juta daripada 1.87 bilion unit bernilai RM462.77 juta.

Bagaimanap­un, jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat sedikit kepada 997.58 juta saham bernilai RM153.66 juta berbanding 990.56 juta saham bernilai RM211.72 juta sebelumnya. BERNAMA

Perkembang­an luaran akan banyak mempengaru­hi Bursa kerana pelabur tempatan akan sangat berhati-hati di tengah-tengah berita yang Lembaga Tabung Haji (TH) merancang untuk menjual sebahagian besar portfolion­ya dalam pasaran, terutama saham permodalan kecil” Pong Teng Siew, Ketua Penyelidik­an Inter-pacific Securities Sdn Bhd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia