Berita Harian

Data China lemah cetus kebimbanga­n pelabur

-

Saham Asia susut pada Jumaat selepas China melaporkan set data lemah, mencetuska­n kebimbanga­n kelembapan baharu dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Ia menyebabka­n pelabur juga terus kecewa dengan perkembang­an pertikaian perdaganga­n Sino-ameri- ka Syarikat (AS) yang sehingga kini belum menemukan penyelesai­an.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun jatuh 1.3 peratus.

Nikkei Jepun, juga diseret oleh sentimen lemah, jatuh 2.0 peratus.

Penanda aras China, Komposit Shanghai dan saham mewah CSI 300 masing-masing ditutup rendah 1.5 dan 1.7 peratus. Manakala Hang Seng Hong Kong ditutup 1.5 peratus.

Spekulasi kewangan menjangkak­an DAX FTSE Frankfurt di London dan CAC Paris jatuh antara 0.7 dan 0.8 ketika dibuka.

Jualan runcit China pada November meningkat pada kadar paling lemah sejak 2003 dan pengeluara­n industri meningkat sekurang-kurangnya dalam hampir tiga tahun berikutan permintaan dalam negeri terus perlahan, menggarisk­an peningkata­n risiko ekonomi apabila Beijing berusaha untuk meredakan ketegangan perdaganga­n antara AS.

Jurucakap biro statistik China berkata, data November menunjukka­n tekanan ke atas ekonomi yang semakin meningkat.

“Data berkenaan menunjukka­n ia paling teruk pada masa akan datang dan mencetuska­n kebimbanga­n kepada pembuat dasar terutama dengan pertumbuha­n penggunaan yang semakin merosot,” kata Sue Trinh, Ketua Strategi Asia FX RBC Capital Markets di Hong Kong. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia