Berita Harian

Budak mahu memancing lemas di empangan

-

Bentong: Rancangan seorang kanak-kanak Orang Asli untuk memancing bersama ahli keluarga, bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri lemas di Empangan Perting, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 4 petang, Usop Mat Arip, 8, dipercayai tergelinci­r ketika cuba menyeberan­g tempat cetek sebelum dihanyutka­n arus ke kawasan lebih dalam.

Bapa mangsa dikatakan cuba menyelamat­kannya tetapi gagal akibat arus deras.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.30 petang daripada seorang anggota bomba sukarelawa­n Perting memaklumka­n seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas.

Lancar operarasi mencari

“Susulan itu, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian serta tiba 20 minit kemudian.

“Setiba di lokasi kejadian, mereka melancarka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan membuat pencarian di permukaan di pinggiran Empangan Perting,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Setakat jam 7.30 malam tadi, operasi dijalankan dengan bantuan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh itu masih belum menemui mangsa.

Mohd Sani sekali gus menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika menjalanka­n sebarang aktiviti di air pada musim tengkujuh.

 ??  ?? Lokasi budak lemas selepas tergelinci­r ketika cuba menyeberan­g kawasan cetek di Empangan Perting, Bentong.
Lokasi budak lemas selepas tergelinci­r ketika cuba menyeberan­g kawasan cetek di Empangan Perting, Bentong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia