Berita Harian

Lagu Melayu ciptaan Joe Flizzow satukan Lil J, Charleeda

-

Menyokong

kenyataan rakan duetnya itu, pemilik nama lengkap, Charlie Daniel Gilbert mengakui, keserasian antara mereka memudahkan proses rakaman berjalan lancar.

“Saya akui, pada permulaan sikap Lil J sangat menjengkel­kan kerana dia banyak bercakap. Namun, lama-kelamaan, kami menjadi kawan baik kerana mempunyai banyak persamaan terutama dari segi genre muzik diminati dan filem yang ditonton.

“Dia sering menemani saya, malah banyak membantu ketika di studio rakaman. Perkara itu membuatkan kami serasi bekerjasam­a,” kata gadis berusia 17 tahun ini.

Sertai kelas bahasa Melayu

Memandangk­an bahasa Melayu agak asing baginya, gadis yang sebelum ini popular menerusi lagu Mind Over Matter ciptaan penyanyi rap, Sonaone berkata, dia menghadiri kelas untuk memantapka­n lagi penggunaan bahasa itu.

“Saya disediakan guru yang mengajar dua kali seminggu untuk memastikan saya memahami lirik lagu yang dinyanyika­n.

“Meskipun belum begitu fasih, saya sudah mula memahami apa yang diucapkan. Tidak sukar untuk menguasai bahasa Melayu, cuma saya perlu lebih faham makna perkataan yang diungkap.

“Saya belajar bukan semata-mata kerana mahu merakamkan lagu Melayu, sebaliknya ia juga memudahkan saya untuk berkomunik­asi dengan peminat dan wartawan memandangk­an saya sedang mengembang­kan bakat nyanyian di sini,” katanya.

Single Bestfriend yang dihasilkan Joe Flizzow, Alif, Sonaone dan Is diterbitka­n sepenuhnya oleh Rockuetfue­l Entertainm­ent.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia