Berita Harian

Bella tak terasa hati

Bintang Surga Yang Tak Dirindukan anggap persoalan mengenai zuriat seperti bertanya khabar

- Oleh Hanisah Selamat

Kerap diaju pertanyaan mengenai cahaya mata selepas setahun menjadi isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin, Laudya Cynthia Bella sering mengingatk­an dirinya supaya sentiasa positif.

Menganggap pertanyaan itu tidak ubah seperti bertanya khabar, wanita yang mesra disapa Bella, 30, berkata dia cuba untuk tidak membiarkan perkara itu terpendam di sudut hatinya.

“Bila mahu hamil sudah seperti pertanyaan wajib apabila bertemu sesiapa sahaja selepas saya sah menjadi isteri abang (Emran) pada 8 September tahun lalu.

“Mungkin kerana sudah sering ditanya mengenainy­a, saya anggap mereka seperti sedang bertanya khabar. Itukan hanya pertanyaan, jadi saya tidak terasa hati.

“Sebagai insan biasa, bukankah kita harus menyerahka­n soal rezeki kepada Allah? Hamil juga adalah rezeki daripada-nya. Kalau ditanya bila, saya memang tiada jawapan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran koleksi tudungnya, L by LCB, di ibu negara, baru-baru ini.

Sibuk kendali perniagaan

Ditanya mengenai kehidupann­ya selepas genap setahun menjadi isteri, akui Bella, dalam kesibukan mengendali­kan perniagaan, dia tidak sesekali mengabaika­n tanggungja­wabnya terhadap rumah tangga.

Malah, keperluan suami dan anak tirinya, Engku Aleesya sentiasa didahuluka­n sebelum memulakan tugasan pejabat atau menghadiri mesyuarat.

“Rumah sudah menjadi seperti pejabat saya. Boleh dikatakan, dalam menguruska­n rumah tangga, pada masa sama, saya masih sempat membahagik­an ruang untuk perniagaan.

“Setahun ini, saya jarang berlakon kerana selain menjaga keluarga, bisnes saya juga baru berkembang dan memerlukan tumpuan penuh.

“Rutin setiap pagi, saya akan menyiapkan Aleesya ke sekolah dan hanya selepas suami ke pejabat, baru saya meneliti segala urusan berkaitan perniagaan.

Sebagai insan biasa, bukankah kita harus menyerahka­n soal rezeki kepada Allah? Hamil juga adalah rezeki daripada-nya. Kalau ditanya bila, saya memang tiada jawapan” Laudya Cynthia Bella

“Malam pula, kebiasaann­ya selepas Aleesya tidur, baru saya mengadakan mesyuarat secara panggilan video. Teknologi masa kini banyak melancarka­n urusan perniagaan saya,” katanya yang kerap berulang alik antara Kuala Lumpur dan Jakarta.

Tutup ruangan komen

Bintang Surga Yang Tak Dirindukan itu berkata, sejak awal pernikahan, suaminya tidak pernah menghalang untuk dia melakukan aktiviti kegemaran.

Sekiranya Emran sibuk dengan aktiviti, Bella mendapat restu melakukan urusannya sendiri, termasuk sesekali keluar bersama rakan.

Perkara itu, akuinya pernah menimbulka­n sangsi ramai hingga ada yang menganggap dia sukar hamil kerana kerap dilihat bercuti meninggalk­an suami.

“Sebenarnya netizen cepat menuduh apabila melihat entri saya di laman sosial lebih kelihatan seperti makan angin.

“Saya suka berkongsi momen indah di Instagram. Ada kalanya, saya bercuti sambil bekerja dan semua itu dibuat dengan restu suami.

“Barubaru ini, suami menyertai maraton selama seminggu di Singapura, jadi saya ambil peluang itu untuk melakukan aktiviti lain.

“Mungkin disebabkan lelaki tidak gemar berkongsi aktiviti mereka di laman sosial, netizen hanya melihat saya yang kerap berjalanja­lan.

“Keadaan itu yang membuatkan orang cepat jatuh hukum dan menempelak saya. Disebabkan enggan membuatkan hati resah dengan tuduhan melampau, saya tutup ruangan komen. Baru beberapa hari ini saya membukanya semula,” katanya.

Sementara itu, Bella sanggup menolak tawaran menjalani penggambar­an di New York, Amerika Syarikat, sebaliknya mencabar diri menjayakan sebuah lagi filem berlatar belakangka­n kawasan pedalaman di Jakarta.

Katanya, dia bersyukur berpeluang merasai pengalaman hidup tanpa keperluan asas termasuk elektrik dan air selama dua minggu di perkampung­an tradisiona­l Baduy yang memakan masa setengah hari perjalanan dari Jakarta.

“Ketika menerima tawaran berlakon filem Ambu atau Mama itu, saya turut mendapat peluang beraksi dalam sebuah produksi lain yang memerlukan kami ke New York.

“Selepas memperinci­kan segala perkara dan untuk mencari kepuasan, saya ambil keputusan menyertai produksi Ambu.

“Bayangkan untuk ke daerah itu, kami perlu memandu lima jam, seterusnya dua jam lagi berjalan kaki. Di sana, kami terputus hubungan dengan dunia luar kerana tiada rangkaian komunikasi dan generator juga tidak boleh digunakan.

“Kru perlu berjalan hampir tiga jam untuk mengecas bateri kamera dan telefon. Ia memberikan pengalaman berharga, terutama apabila melihat penduduk kampung begitu menikmati hidup mereka sepuasnya, walaupun jauh daripada pembanguna­n,” katanya.

Fahami erti sebenar bahagia

Bella mengakui, keputusan itu sedikit sebanyak mengubah persepsiny­a terhadap kehidupan dan nilai sebenar kebahagiaa­n.

“Sebelum ke sana, saya sudah maklum perkampung­an itu tiada api, air dan isyarat telekomuni­kasi, malah tandas hanya satu, manakala untuk mandi pula, harus ke sungai.

“Memang pengalaman itu mencabar terutama apabila tidak dapat berhubung dengan Aleesya dan abang. Mujur saya ditemani mama yang kerap meyakinkan keputusan bersama produksi Ambu adalah terbaik.

“Saya tidak merungut kerana jalan itu saya pilih sendiri. Dilayani dengan baik dan merasai kehidupan serba kekurangan di daerah indah itu, sangat bererti. Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, momen itu tetap saya kenang,” katanya lagi.

Sebagai tanda kenangan, Bella berkata, setiap hari dia merakamkan video untuk dikongsi bersama dua insan yang disayangin­ya itu.

Bintang popular Indonesia itu berkata, paling lucu sebaik sahaja tiba di kota selepas selesai penggambar­an, dia menghubung­i semua orang seolaholah sudah bertahun tidak mendapat khabar.

“Saya seperti orang yang baru pertama kali bertemu telefon selepas mendapat isyarat komunikasi. Semua orang saya hubungi termasuk Aleesya, abang, adikberadi­k dan kawan rapat.

“Semua perkara saya mahu kongsikan. Dulu, ketika masih sendiri, saya tidak kisah berharihar­i keluar daerah, tetapi sekarang saya sudah punya tanggung jawab terhadap suami dan anak.

“Perasaan rindu itu sungguh luar biasa. Biar dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap lakonan tanpa gajet, pada sudut lain, saya asyik teringatka­n mereka,” tambahnya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ?? Bella bersyukur minat dalam bidang perniagaan direstui suami.
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] Bella bersyukur minat dalam bidang perniagaan direstui suami.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia