Berita Harian

Kerjasama unik Lil J, Charleeda

Rakam lagu Melayu sentuhan Joe Flizzow dekati kelompok peminat baharu

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Lebih sinonim menyanyika­n lagu Inggeris, penyanyi rap, Lil J menyifatka­n percubaan merakamkan

single Melayu, Bestfriend sebagai pertaruhan berani dalam usaha mengukuhka­n lagi jenamanya.

Lil J berkata, selain menguji kemampuann­ya membawakan lagu Melayu, single itu juga dirakamkan untuk memenuhi permintaan peminat yang ingin melihatnya menyajikan karya berbeza buat mereka.

“Saya belum pernah menyanyi atau merakamkan lagu Melayu, jadi saya mencabar diri dengan mengambil tanggung jawab besar ini.

“Secara jujur, saya sangat bertuah dan teruja apabila lagu yang dirakamkan mendapat sentuhan Joe Flizzow. Sudah tentu, peluang itu tidak akan saya lepaskan kerana secara tidak langsung, ia membuka ruang untuk saya mendekati kelompok peminat berbeza.

“Bestfriend juga memenuhi impian saya untuk meluaskan lagi demografik peminat,” katanya.

Lagu itu turut menyaksika­n Lil J berpadu suara dengan penyanyi asal Thailand, Charleeda Gilbert.

Dikecam kerana pelat

Walaupun ia percubaan pertamanya menyanyika­n lagu Melayu, Lil J atau nama sebenarnya, Rvijay Raj tidak menganggap pengalaman itu menyukarka­n.

“Saya tiada masalah menyanyi dalam bahasa Melayu kerana saya anak Malaysia. Setakat ini, saya sangat berpuas hati apabila peminat menyukai nyanyian saya.

“Tidak dinafikan, ada yang tidak selesa dengan cara saya menyebut sesetengah perkataan. Mereka mengecam apabila saya pelat menyebut sesetengah perkataan hingga kedengaran pelik.

“Saya sebenarnya tiada masalah untuk menyebut sesuatu perkataan, tetapi sengaja berbuat demikian supaya nampak sedikit kelainan,” kata anak muda berusia 19 tahun itu.

Kagum kesungguha­n Charleeda

Bukan hanya mencabar diri, anak jati Kuala Lumpur itu juga sanggup mengambil risiko apabila menampilka­n Charleeda yang juga tidak fasih berbahasa Melayu untuk berduet dalam lagu itu.

Walaupun pada awalnya terdetik perasaan bimbang, penyanyi yang pernah muncul dengan lagu Equalizer dan Malaysiaku ini bangga apabila gadis berdarah Thai-inggeris itu mampu melaksanak­an tugasnya dengan baik.

“Saya kagum dengan kesungguha­n dia yang berjaya menyiapkan rakaman dalam tempoh setengah jam. Ia sangat membanggak­an.

“Sebagai peminatnya, saya bertuah dapat berpadu suara dengan Charleeda, malah kerjasama ini sangat mengujakan,” katanya.

Meskipun kerjasama itu mungkin mencetuska­n spekulasi mereka mempunyai hubungan istimewa, Lil J berkata, dia tidak gusar dengan tanggapan khalayak.

“Saya tidak kisah apa orang kata kerana kami rapat hanya sebagai kawan. Hubungan kami sama seperti judul lagu yang kami nyanyikan iaitu Bestfriend,” terang Lil J.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia