Berita Harian

Hawa Pertiwi Sri Petaling aktif laksana kerja kebajikan

Ahli kumpul RM10 sebulan bantu fakir miskin, sumbang dana bina perigi di Kemboja

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Kesungguha­n 260 ahli Hawa Pertiwi Daerah Sri Petaling mengumpul dana RM10 sebulan setiap seorang mampu meringanka­n beban lebih 1,000 golongan memerlukan untuk meneruskan hidup dengan lebih selesa.

Inisiatif sejak dua tahun lalu itu dimanfaatk­an dengan membeli barang dapur kepada golongan asnaf terdiri daripada ibu tunggal, keluarga miskin dan pesakit kronik.

Pengerusi Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Sri Petaling, Radziah Ahmad, berkata sumbangan dihantar ke rumah mereka yang dikenal pasti mengikut keperluan semasa.

Senarai penerima bantuan

Katanya, senarai penerima lazimnya diberikan ahli pertubuhan itu, selain persatuan penduduk yang turut membantu mendekati keluarga atau individu memerlukan bantuan.

Selain sumbangan barangan keperluan harian, beliau berkata, pihaknya komited membantu meringanka­n bebanan pesakit kronik seperti kanser dengan menghulurk­an sumbangan sehingga RM500 mengikut keperluan bagi menampung kos perubatan.

“Pertubuhan berusaha dengan penuh dedikasi mencari dana untuk disumbangk­an ke tabung itu. Objektif kami mendekati masyarakat, selain menjalin ukhuwah.

“Kerjasama ini penting bagi mengukuhka­n hubungan kekeluarga­an dalam kalangan ahli dan masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Radziah berkata, selain pemberian barang kelengkapa­n rumah, buku dan persalinan turut disediakan menerusi program Freemarket yang disalurkan kepada keluarga berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Katanya, barangan dikumpul hasil sumbangan ahli, keluarga dan sahabat dianjurkan tiga hingga empat kali setahun selama dua jam di kawasan penempatan projek perumahan rakyat (PPR) terpilih sekitar Sri Petaling.

“Program dilaksanak­an mengikut kumpulan dan kategori barangan sumbangan untuk diedarkan dengan sempurna kepada golongan sasar.

“Konsep sumbangan menitik beratkan elemen ‘pemberian dan penerimaan’ penerima perlu beratur dan menyatakan kesesuaian barangan diperlukan sebelum diedarkan.

“Selain agihan barang, kami menyediaka­n perkhidmat­an gunting rambut dan urut percuma kepada penduduk sepanjang program berlangsun­g,” katanya.

Radziah berkata, sejajar konsep pertubuhan itu mendekati segenap lapisan masyarakat satu lagi program sumbangan perigi kepada perkampung­an sekitar Kemboja.

Katanya, kerjasama dengan Yayasan Pembanguna­n Islamik Kemboja, sehingga kini 110 perigi dibina di seluruh negara itu sejak dua tahun lalu.

Pastikan kesihatan terjamin

“Penggunaan air bersih penting bagi memastikan tahap kesihatan dalam kalangan kanak-kanak, wanita dan keluarga.

“Oleh itu, kami giat mencari dana RM1,100 bagi menampung kos membina perigi,” katanya.

“Kerjasama semua pihak amat membanggak­an, malah baru-baru ini, seorang ahli mengumpul dana sumbangan untuk membina 45 perigi.

“Sebagai tanda penghargaa­n mencari dana membantu lebih ramai keluarga, kami memperkena­lkan anugerah Wirawati Usaha Gemilang sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan mereka.

“Selain itu, kami mengumpul pakaian dan mukadam untuk disalurkan kepada keluarga memerlukan di negara itu,” katanya.

Pertubuhan berusaha dengan penuh dedikasi mencari dana untuk disumbangk­an ke tabung itu. Objektif kami mendekati masyarakat, selain menjalin ukhuwah” Radziah Ahmad, Pengerusi Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Sri Petaling

 ?? [FOTO IHSAN HAWA PERTIWI] ?? Radziah (kanan) menyerahka­n sumbangan dan beramah mesra dengan keluarga kurang berkemampu­an di Klang dan Shah Alam.
[FOTO IHSAN HAWA PERTIWI] Radziah (kanan) menyerahka­n sumbangan dan beramah mesra dengan keluarga kurang berkemampu­an di Klang dan Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia