Berita Harian

Novel patriotik remaja menang hadiah utama

Rel karya Aminah Mokhtar bawa pulang RM15,000

- Oleh Suhaila Ali dan Maisarah Aisya Ismail

Dua bulan mungkin masa yang pendek untuk menghasilk­an novel bagi sesetengah pengarang, namun tidak bagi penulis berpengala­man Aminah Mokhtar, yang diumumkan sebagai pemenang utama kategori novel remaja, Sayembara Novel Remaja dan Novel Kanak-kanak BH 2017.

Aminah yang membawa pulang RM15,000 menerusi novel bertajuk Rel, berkata memahami minda dan perasaan golongan muda amat penting dalam menghasilk­an karya novel remaja yang baik.

“Novel Rel ditulis dengan tujuan memupuk semangat patriotik golongan muda, dalam menghargai keharmonia­n dikecapi negara.

“Keharmonia­n negara pada masa akan datang adalah tanggungja­wab golongan muda kini, jadi nilai patriotism­e perlu dipupuk sejak awal,” katanya.

Rel adalah novel sejarah yang mengangkat latar sejarah pembinaan landasan kereta api maut di sempadan Siam-burma, ketika Perang Dunia Kedua.

Buka ruang hasil karya

Tegas Aminah, usaha BH menganjurk­an Sayembara Novel Remaja dan Novel Kanak-kanak BH 2017 amat dipuji, kerana ia adalah ruang dan peluang untuk penulis menghasilk­an karya yang baik.

“Golongan muda perlu disajikan dengan bahan bacaan membentuk intelek yang lebih baik,” katanya.

Bagi pemenang utama kategori novel kanak-kanak pula, Mazni Md Ramly, berkata beliau berharap lebih banyak novel kanak-kanak diberi pengiktira­fan seumpama ini, memandangk­an budaya membaca wajar dipupuk sejak kecil.

“Jika diperhatik­an novel kanakkanak kurang mendapat perhatian berbanding novel dewasa, justeru penganjura­n sayembara ini dilihat mampu menjadi platform terbaik dalam mengangkat karya kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Halis Azhan Mohd Hanafiah, yang bertindak sebagai juri bagi kategori novel kanak-kanak berkata, keaslian karya adalah unsur utama yang dinilai di samping idea yang ditonjolka­n dalam setiap karya, perlu bersesuaia­n sebagai bahan bacaan kepada murid di sekolah.

“Setiap penulis mempunyai idea tersendiri dan mereka perlu kreatif dalam membawa idea itu kepada pembaca.

“Setiap pembaca mempunyai kehendak pembacaan berbeza-beza. Sebagai hakim, kami turut melihat nilai ditonjolka­n penulis dalam memberi nilai tambah kepada kehidupan masyarakat,” katanya.

Sayembara Novel Remaja dan Novel Kanak-kanak 2017 yang dilancarka­n tahun lalu yang pertama seumpamany­a dianjurkan BH. Ia diadakan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun BH Ke-60 dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah Urus Setia Tetap MBKM, Abd Wahab Ibrahim. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Komersial The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Alfian Abu Talib; Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi.

Sementara itu, Abd Wahab dalam ucapannya berkata, sudah menjadi tanggungja­wab MKBM menerbitka­n buku ilmiah bagi membantu negara mencapai status negara maju dan usaha BH ini dilihat sebagai platform terbaik berbuat demikian.

“Novel ilmiah dan menarik perlu banyak diterbitka­n untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak muda kerana dengan adanya bahan bacaan, mudah bagi golongan muda memperoleh idea baharu di samping memupuk minat membaca,” katanya.

Selain Aminah dan Mazny, sayembara yang menawarkan hadiah wang tunai RM77,000 itu turut dimenangi oleh Mohd Izuddin Mahamad Nazir (Aku Mahu Jadi Messi); tempat ketiga, Mohd Fudzail Mohd Nor (Ar-raudhah) dan hadiah sagu hati masing-masing menjadi milik Roziah Adama (Ulun Madai) serta Nazri Hussien (Di Hatinya Ada Nadra) bagi kategori Novel Remaja.

Bagi kategori Novel Kanak-kanak, tempat kedua dimenangi Abang Median Abang Said (Telinga Supersonik Si Asperger); tempat ketiga, Mohd Zakri Derahman (Air Mata Agar) sementara hadiah sagu hati dimenangi Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop (Budi) serta Siti Alimah Kamarudin (Regata Sulma).

 ?? [FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH] ?? Abd Wahab (dua dari kiri) menyerahka­n replika cek kepada Aminah sambil diperhatik­an dari kiri, Alfian, Ahmad Zaini dan Farah Ezrin di Balai Berita NSTP di sini, semalam.
BH
[FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH] Abd Wahab (dua dari kiri) menyerahka­n replika cek kepada Aminah sambil diperhatik­an dari kiri, Alfian, Ahmad Zaini dan Farah Ezrin di Balai Berita NSTP di sini, semalam. BH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia