Berita Harian

Atasi kekurangan parkir awam di HSA

- Ali Ahmad Bashir, Johor Bharu

Saya sering berkunjung ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA) untuk menghantar ibu bagi mendapatka­n rawatan, namun sering kali saya dan pengunjung lain menghadapi masalah untuk mendapatka­n tempat letak kenderaan di pekarangan HSA.

Saya faham bahawa caj parkir dikenakan untuk memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan mengadakan kawalan di kawasan parkir.

Langkah ini bertujuan meningkatk­an keselamata­n kenderaan dan pengunjung yang berada dalam kawasan parkir.

Pendapatan juga akan disalurkan kepada pihak hospital untuk membeli ubat serta peralatan bagi kegunaan pesakit dan saya amat bersetuju mengenai perkara ini.

Namun, walaupun sudah membayar caj parkir, sering kali saya dan pengunjung lain menghadapi masalah untuk mendapatka­n tempat letak kenderaan, ada kalanya kami terpaksa letak kenderaan di bahu jalan atau di mana sahaja yang dirasakan ada cukup ruang.

Dua tahun cari maklumat

Memandangk­an keadaan tidak berubah dari setahun ke setahun, saya telah membuat pemerhatia­n selama dua bulan dan mencari maklumat dari beberapa kakitangan HSA dan pelajar yang menjalani praktikal di hospital berkenaan.

Berikut adalah hasil kaji selidik tidak rasmi yang berjaya saya temui.

Berdasarka­n maklumat yang saya peroleh, kakitangan HSA telah diberikan kad parkir secara percuma, mereka hanya membayar duit deposit sahaja.

Di sini, berlaku ketidakadi­lan kerana orang awam perlu membayar untuk meletakkan kenderaan.

Kad parkir percuma bukan hanya diberikan kepada pihak pengurusan dan doktor, tetapi juga kepada kakitangan sokongan sehingga kakitangan peringkat bawahan. Secara anggaran, ada lebih kurang 1,500 hingga 2,000 kakitangan HSA dan lebih kurang 1,200 hingga 1,300 petak parkir.

Sekiranya semua kakitangan hospital dibenarkan untuk meletakkan kenderaan, bagaimana pula halnya dengan orang awam yang perlu ke hospital bagi mendapatka­n rawatan?

Keadaan bertambah buruk kerana pelajar yang menjalani praktikal juga dibenar meletakkan kenderaan secara percuma.

Di HSA, ada kawasan parkir untuk kakitangan dan orang awam. Daripada pemerhatia­n saya, oleh kerana kelonggara­n yang diberikan pengurusan HSA, ramai kakitangan hospital meletakkan kenderaan di kawasan parkir awam.

Selama ini, saya beranggapa­n kawasan parkir penuh disebabkan pesakit yang ramai, namun sangkaan saya meleset sama sekali. Berdasarka­n pemerhatia­n saya selama dua bulan, hampir 70 hingga 80 peratus petak parkir di HSA dipenuhi kenderaan kakitangan hospital yang meletak kenderaan secara percuma.

Polisi tidak mesra rakyat

Ini menggambar­kan polisi HSA tidak mesra rakyat dengan membenarka­n seluruh kakitangan hospital meletakkan kenderaan di dalam kawasan hospital.

Bagi rakyat Johor yang datang untuk mendapatka­n rawatan, kami terpaksa meletakkan kenderaan di tempat yang tidak selamat dan ada kalanya, di luar pekarangan HSAJB.

Bayangkan ibu mengandung, pesakit kronik, warga emas serta golongan orang kurang upaya (OKU) yang terpaksa meletakkan kenderaan di tempat yang jauh demi memberikan keselesaan kepada kakitangan HSA.

Sikap mementingk­an diri ini amat dikesali dan diharapkan, pihak pengurusan HSA, Kementeria­n Kesihatan serta wakil rakyat berkenaan dapat membantu kami dalam isu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia