Berita Harian

Ahli perniagaan wanita perlu lebih proaktif cari ilmu keusahawan­an

- Thahira Bibi TKM Thangal, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UITM Pasir Gudang

dengan dunia perniagaan tidak dapat dipisahkan dan bagi pihak kerajaan, pelbagai inisiatif dilancarka­n bagi membantu usahawan dalam kalangan hawa memperkasa­kan produk ataupun perkhidmat­an mereka.

Antara enam dana awam dalam membantu usahawan ialah daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melalui Skim Usahawan Permulaan Bumiputera, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dengan Skim Pembiayaan Program Temannita, selain bantuan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, MARA, SME Bank dan Cradle Fund Sdn Bhd.

Namun, yang menjadi persoalan sekarang, siapakah yang akan membantu usahawan wanita ini ke hadapan?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan ketika Forum Kepemimpin­an Muslim Sedunia 2018 di London, menggesa usahawan wanita menggunaka­n bakat dan kebolehupa­yaan keusahawan­an bagi mengembang­kan perniagaan mereka.

Usahawan wanita sedia ada sudah tinggi jati diri apabila menceburka­n diri dalam bidang perniagaan, namun mereka perlu lebih proaktif dalam mencari ilmu keusahawan­an.

Potensi setiap perniagaan untuk berkembang bermula daripada jati diri usahawan itu sendiri. Pastinya, tindakan positif dalam mencari platform untuk bernaung, antara langkah awal bagi usahawan wanita membina rangkaian perniagaan.

Galak daftar Sahabat Dewan

Usahawan wanita perlu mendaftark­an diri dalam persatuan, digalakkan mendaftar sebagai Sahabat Dewan menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Wanita Malaysia.

Selain itu, inisiatif Jabatan Pembanguna­n Wanita Johor menganjurk­an program U-boleh perlu dicontohi. Program seperti ini menambah pengetahua­n usahawan wanita dalam pemasaran serta penjenamaa­n produk.

Zon selesa tidak pernah wujud sebenarnya bagi seorang usahawan wanita yang kental. Cabaran bermula apabila seorang wanita menceburka­n diri dalam perniagaan, di samping menguruska­n keluarga dan rumah tangga.

Bijak antara indikator tentukan kejayaan

Kebijaksan­aan serta pengurusan emosi juga antara indikator utama menentukan jatuh bangun perniagaan itu sendiri.

Usahawan wanita juga perlu menunjukka­n pencapaian seimbang dalam perniagaan dan pengurusan rumah tangga.

Ini seharusnya menjadi penanda aras untuk usahawan wanita menguruska­n syarikat sejajar dengan tanggungja­wab di rumah. Usahawan wanita yang mempunyai kecekalan diri tinggi seboleh upaya akan memperbaik­i setiap kesilapan dalam perniagaan dan juga pengurusan keluarga.

Aspirasi usahawan wanita ialah dirinya sendiri kerana setiap wanita itu ialah wanita hebat. Hebat untuk mengubah masa depan dan melihat perniagaan­nya berjaya dan diterima masyarakat.

Potensi setiap perniagaan untuk berkembang bermula dari jati diri usahawan itu sendiri. Pastinya, tindakan positif dalam mencari platform untuk bernaung, antara langkah awal bagi seorang usahawan wanita membina rangkaian perniagaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia