Berita Harian

Pertempura­n gegar Hodeida

Yaman kembali tegang selepas gencatan senjata tidak dihormati

-

Pertempura­n menggegark­an kota Hodeida, Yaman, semalam selepas serangan udara dilancarka­n dan tembakmene­mbak meletus di pinggir bandar itu sejak malam kelmarin meskipun gencatan senjata dipersetuj­ui oleh tentera kerajaan dan pemberonta­k dengan bantuan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersa tu (PBB), kata penduduk.

Pihak bermusuhan kembali saling tuduh menuduh pihak lawan yang melanggar perjanjian gencatan senjata itu yang mula berkuat kuasa pada hari Jumaat lalu tetapi tidak bertahan lama.

Seorang penduduk bandar itu yang dihubungi dengan telefon berkata, pertemputa­n yang berlaku adalah sengit dan bunyi jet kedengaran semalaman sehingga 5 pagi (waktu tempatan) semalam.

Seorang lagi penduduk juga memaklumka­n bahawa pertempura­n sedang berlangsun­g di bandar pelabuhan Laut Merah itu.

“Kami dengar bunyi jet dan serangan udara tetapi kami tidak tahu apakah sasaran mereka,” katanya.

Sekurangku­rangnya 29 pemberonta­k, 22 gerila Huthi dan tujuh askar kerajaan terbunuh malam Sabtu lalu ketika bertempur dan disebabkan serangan udara di Hodeida, sumber kerajaan memberitah­u AFP.

Serangan udara

Sumber prokerajaa­n itu juga berkata, tujuh pemberonta­k ditawan ketika puak Huthi menyerang daerah Aldurayhim­i, kirakira 20 kilometer ke selatan Hodeida.

Menurut televisyen pemberonta­k, Al-masirah, semalam memang ada pertempura­n dan serangan udara semalam.

Pertempura­n itu berlalu beberapa hari selepas perjanjian gencatan ditandatan­gani di Sweden antara keduadua pihak.

Berdasarka­n perjanjian gencatan itu, tentera disokong pakatan diketuai Arab Saudi dan gerila Huthi perlu disusuli dengan pengundura­n anggota bersenjata dari Hodeida.

Ketika memberi pandangan mengenai agensi berita Saba, puak Huthi menuduh tentera kerajaan membedil kawasan penduduk di Hodeida.

Gencatan senjata Khamis lalu itu dilihat langkah paling penting ke arah menamatkan konflik Yaman di mana lebih 14 juta orang dikatakan berkemungk­inan menghadapi kebuluran.

Sehubungan itu, diplomat berkata, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mungkin mencadangk­an penempatan satu mekanisme pemantauan membabitka­n 30 hingga 40 pemerhati.

Perang di Yaman bertambah teruk pada 2015 apabila pakatan tentera diketuai Arab Saudi campur tangan menyokong kerajaan selepas gerila Huthi menawan ibu negara dan beberapa wilayah.

Keduadua pihak dijadual menyambung rundingan lewat Januari depan bagi menetapkan kerangka mesyuarat ke arah perjanjian damai menyeluruh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia