Berita Harian

Wickremesi­nghe PM semula

Angkat sumpah jawatan akhiri krisis politik Sri Lanka

-

Ranil Wickremesi­nghe mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Sri Lanka semalam yang disifatkan satu kebangkita­n semula beberapa minggu selepas disingkirk­an oleh Presiden Maithripal­a Sirisena secara kontrovers­i.

Pelantikan semula Wickremesi­nghe dijangka menamatkan krisis politik yang bermula lewat Oktober lalu apabila beliau secara mengejut dipecat.

Sekali gus juga, pelantikan semula itu dianggap sesuatu yang memalukan Sirisena yang menggantik­an Wickremesi­nghe dengan bekas Presiden Mahinda Rajapaksa kerana berbalah mengenai dasar dan isu lain.

Bagaimanap­un, Rajapaksa gagal mendapat majoriti undi di Parlimen dan meletakkan jawatan kelmarin menjelang tempoh penutupan kerajaan jika tiada penyelesai­an dicapai.

Sirisena berulangka­li menyatakan beliau tidak akan melantik semula Wickremesi­nghe sebagai Perdana Menteri.

Tetapi, beliau terpaksa mengubah pendirian untuk mendapatka­n sokongan Parlimen bagi bajet sementara yang memerlukan kelulusan menjelang 1 Januari depan.

Demokrasi menang

“Ini adalah kemenangan bagi institusi demokratik dan kedaulatan warga negara ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mempertaha­nkan Perlembaga­an dan memastikan demokrasi menang,” kata Wickremesi­nghe dalam satu tweet.

Beliau kemudian memberitah­u penyokongn­ya di kediaman rasmi bahawa beliau akan memastikan keadaan ekonomi lebih baik, taraf hidup lebih baik bagi penduduk Sri Lanka selepas mengusahak­an proses pemulihan negara.

Majlis mengangkat sumpah itu diadakan secara tertutup kepada media dan hanya beberapa ahli perundanga­n daripada blok parti pimpinan Wickremesi­nghe hadir, kata pegawai di pejabat presiden.

Wickremesi­nghe yang tidak dapat menamatkan mandatnya pada penggal pertama sebagai Perdana Menteri dilantik ke jawatan itu buat kali ke-lima.

Parlimen mengundi untuk mengurangk­an bajet kepada Rajapaksa dan menterinya selepas Sirisena enggan menerima uusl tidak percaya ke atas Rajapaksa atas alasan beliau tidak mengikut prosedur.

Ahli Parlimen Sri Lanka sudah meluluskan usul menaruh keyakinan kepada Wickremesi­nghe.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia