Berita Harian

Israel jumpa terowong ke-4 Hizbullah

-

Baitulmaqd­is: Tentera Israel menemui satu lagi terowong pejuang Hizbullah, dari Lubnan ke wilayah negara Yahudi itu.

Terowong itu adalah yang keempat yang bertujuan menjadi tempat melancarka­n serangan di wilayah Israel, menurut kenyataan tentera Zionis, semalam.

Israel mendakwa, pejuang Hizbullah yang mendapat sokongan Iran itu telah menggali beberapa terowong untuk melakukan serangan mengejut di negara Yahudi berkenaan jika berlaku konflik pada masa depan.

Berikutan itu, mereka sedang berusaha untuk memusnahka­n semua terowong berkenaan.

Terowong terbaru yang ditemui pada hujung minggu lalu adalah di utara Israel, menurut kenyataan itu lagi.

Seperti juga terowong lain, tentera Yahudi meletakkan beberapa bahan letupan di situ bagi menghalang pejuang cuba menggunaka­nnya untuk masuk ke Israel dari Lubnan.

Pihak tentera Israel, bagaimanap­un, enggan memberitah­u lokasi tepat terowong itu atas alasan ia belum lagi memberi ancaman besar.

Pada 4 Disember lalu, tentera Israel mengumumka­n ia sedang melancarka­n operasi ‘Perisai Utara’, bertujuan memusnahka­n terowong Hizbullah di sempadan.

Tidak letak senjata

Israel terbabit dalam perang dengan pejuang Hizbullah pada tahun 2006 yang hanya terhenti selepas gencatan senjata dipersetuj­ui hasil bantuan rundingan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB).

Hizbullah adalah satu-satunya kumpulan di Lubnan yang tidak meletakkan senjata selepas perang saudara negara itu berakhir, meliputi tempoh daripada 1975 hingga 1990.

“Kerajaan Lubnan bertanggun­gjawab jika ada serangan dilakukan dari terowong yang digali di sebelah wilayahnya. Ini adalah satu lagi pelanggara­n Resolusi 1701 PBB dan mencabul kedaulatan Israel,” menurut kenyataan tentera Yahudi itu, merujuk kepada resolusi menamatkan perang berkenaan pada 2006.

Rabu lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pengaman PBB di selatan Lubnan (UNIFIL) dan masyarakat antarabang­sa sepatutnya mengambil langkah lain bagi menyekat keganasan Hizbullah ke atas Israel.

UNIFIL telah mengesahka­n kewujudan dua daripada terowong yang ditemui Israel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia