Berita Harian

Perkhidmat­an tepi jalan popular

Tukang cuci telinga, baiki tandas terus tarik pelanggan

-

Siapa kata pekerjaan asas ditawarkan di tepi jalan tidak lagi dikehendak­i di era moden ini. Di Jalan Pansodan, Yangon, perkhidmat­an yang terus popular termasuk tukang cuci telinga, membaiki tandas dan kerani menggunaka­n mesin taip.

Malah, perkhidmat­an itu menjadi tarikan kepada pelancong asing sejak bertahunta­hun lalu, termasuk pengayuh beca.

Tidak dapat dinafikan, ada profesion yang tidak lagi wujud kerana dimamah pembaharua­n ekonomi dan politik sejak 2011.

Penjual sirap air sejuk pupus selepas adanya peti sejuk; pemeriksa tiket bas juga menjadi mangsa sistem pengangkut­an moden manakala pondok telefon tidak perlu ketika ramai menggunaka­n telefon bimbit.

Perkhidmat­an puluhan tahun

Tetapi, di Pansodan, profesion lama masih hidup yang mengingatk­an semua kepada golongan yang menawarkan perkhidmat­an selama puluhan tahun sejak era penjajahan lagi.

“Inilah jalan yang kamu akan datang untuk dapatkan buku, berjumpa penulis dan penyair. Semua orang datang ke sini untuk belajar.

“Apa juga perkara yang kamu ingin ketahui, kamu kena datang ke Pansodan,“kata pemilik galeri, Aung Soe Min.

Antara pekerja veteran di sini ialah Min Aung, 58, yang menawarkan khidmat membaiki tandas.

“Selagi ada tandas, kami ada kerja,” katanya.

Seorang lagi ialah Khin Ohn Myint, 47, yang memberi khidmat mencuci telinga dan kuku.

“Saya tidak ada wang untuk melabur dalam perniagaan lain, jadi saya hidup dengan kerja ini,“katanya sambil tersenyum.

Dia mendapat kirakira AS$10 (RM41) sehari dan membelanja­kannya untuk pelajaran anakanakny­a supaya mereka bekerja di bidang lain.

Katanya, dia gembira membantu pelanggan dan ada kalanya mengeluark­an lipas dari telinga mereka.

Pansodan dibina penjajah British dan pernah dipanggil Jalan Phayre.

 ??  ?? Tukang membaiki tandas, Min Aung menunggu pelanggan.
Tukang membaiki tandas, Min Aung menunggu pelanggan.
 ??  ?? Khin Ohn Myint ceria melayan pelanggan.
Khin Ohn Myint ceria melayan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia