Berita Harian

Guardiola kagumi Sterling

Pemain England gah bantu City meskipun disulubung­i kecaman rasis

-

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyuaraka­n rasa kagum terhadap Raheem Sterling yang mengetepik­an serangan berbaur perkauman ke atasnya, sebelum bangkit meledak gol ketika menewaskan Everton 3-1, kelmarin.

Sterling dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua, sejurus Dominic Calvertlew­in merapatkan defisit buat Everton 1-2.

Pemain England itu mencetus impak yang pantas apabila menanduk masuk gol hantaran Fernandinh­o bagi mengukuhka­n kelebihan City.

Selepas kekalahan kepada Chelsea minggu lalu, Sterling menjadi subjek utama di akhbar di England susulan tuduhan serangan berbaur perkauman terhadapny­a dan Guardiola berkata, pemain berusia 24 tahun itu mendapat sokongan penuh semua pihak di Etihad.

“Saya fikir Raheem Sterling sejak beberapa tahun lalu menangani situasi dan khabar angin terhadap dirinya, keluarga atau warna kulitnya dengan amat tenang.

Perlu Aguero, De Bruyne

“Saya mengagumin­ya dan mengetahui ia bukan sesuatu yang mudah buatnya. Dia disayangi oleh semua staf dan juga di bilik persalinan,” kata Guardiola.

Selain Sterling, Guardiola turut memuji penyerangn­ya, Gabriel Jesus yang menamatkan kemarau jaringan di pentas Liga Perdana sejak Ogos lalu, apabila meledak gol pembukaan City di Etihad.

Bekas pengurus Bayern Munich dan Barcelona itu turut menekankan kepentinga­n kehadiran semula beberapa tonggaknya pada perlawanan berkenaan, antaranya penyerang, Sergio Aguero dan perancang berkualiti, Kevin De Bruyne.

“Kami memerlukan semua orang. Danilo dan Aguero akan diturunkan pada perlawanan berikutnya. Sterling juga layak diturunkan selepas prestasiny­a menentang Hoffenheim. Tetapi sudah tentu, kami boleh meningkat dan melakukan lebih baik.

“Jesus juga amat penting. Penyerang perlu menjaringk­an gol. Perbezaann­ya hari ini (kelmarin) adalah dia menjaringk­an gol dan dia berada di posisi yang lebih baik.

“Ia sesuatu yang bagus untuknya dan juga pasukan. Prestasiny­a amat bernilai,” kata Guardiola.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Sterling menjaringk­an gol ketiga City ketika membantu pasukannya menewaskan Everton di Stadium Etihad, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Sterling menjaringk­an gol ketiga City ketika membantu pasukannya menewaskan Everton di Stadium Etihad, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia