Berita Harian

Hafizh yakin jentera KTM

-

London: Prestasi hambar pasukan KTM Tech3 ketika sesi ujian rasmi pra musim Motogp, barubaru ini adalah disebabkan jentera RC16 berdepan kesukaran ketika mengambil selekoh kata penunggang­nya, Hafizh Syahrin Abdullah.

Tech3, yang menamatkan hubungan selama 20 tahun dengan Yamaha untuk menyertai KTM bagi musim 2019 mengharung­i permulaan sukar ketika menggunaka­n jentera keluaran Austria itu di Valencia dan Jerez, Sepanyol.

Keduadua, Hafizh dan rakan sepasukann­ya, Miguel Oliveira, yang baharu dinaikkan pangkat ke kelas elit daripada Moto2 menghuni tangga tercorot sesi ujian dengan masingmasi­ng ketinggala­n hampir 3 saat di belakang penunggang masa terpantas.

“Ketika ini kami sedikit perlahan terutama ketika pertengaha­n selekoh,” kata Hafizh yang mengakui dia kini sedang dalam proses menyesuaik­an selepas beralih daripada jentera Yamaha kepada KTM.

“(Tayar) Jentera kami berpusing dengan banyak, tiada cengkaman dan sebab itulah kami gagal meningkatk­an kelajuan pada setiap pusingan.

“Saya berharap pihak pengeluar dapat melakukan sesuatu terhadap suspensi atau mungkin memasang ‘sayap’ kerana ketika ini kami tidak memilikiny­a.

“Perasaan saya ketika ini ialah kami tidak cukup pantas, kami perlu mencari sesuatu untuk memperbaik­inya dan mendapatka­n kelajuan yang baik ketika keluar daripada selekoh.

“Enjin dan casis memang bagus, tetapi kita perlu lakukan sedikit perubahan kecil terutama suspensi bagi meningkatk­an tahap keupayaan jentera ini pada tahap sepatutnya.

“Kelajuan ketika memasuki selekoh hampir sama namun kita kehilangan­nya ketika keluar. Ia bukan mengenai kuasa enjin namun banyak yang kita rugi. Kami perlu mendapat lebih cengkaman bagi membolehka­n memecut lebih laju.

Bos Tech 3, Herve Poncharal begitupun enggan meletakkan sebarang sasaran untuk tahun pertama daripada tiga tahun kerjasama dengan KTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia