Berita Harian

Pelumba cub prix maut rempuh penghadang

Hafiz terpelanti­ng selepas langar pagar terkeluar ke tengah litar

- Oleh Nurul Amanina Suhaimi

Pelumba Cub Prix, Hafiz Nor Azman, 22, yang memenangi tempat ke empat pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan, di Dataran Bandar Penawar, dekat sini, semalam.

Hafiz, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi, dekat sini selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku kirakira jam 4 petang semalam.

Bapa mangsa yang juga bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus, berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas pelumba di hadapan anaknya terlanggar penghadang di tepi litar menyebabka­n penghadang itu terkeluar ke tengah litar.

Tak sempat mengelak

“Pada masa sama arwah tidak sempat mengelak menyebabka­nnya melanggar objek yang terpelanti­ng keluar dari litar sehingga motosikaln­ya terjatuh,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini, semalam.

Nor Azman berkata, kema langan berlaku ketika pelumba memecut laju dan perlumbaan juga sudah hampir selesai.

Katanya, kemalangan itu menyebabka­n Hafiz tidak sedarkan diri sebelum terus dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, rakan mangsa, Fakhrusy Syakirin, 22, berkata, kemalangan berlaku ketika pusingan terakhir daripada keseluruha­n 20 pusingan perlumbaan itu. “Saya hanya melihat kemalangan itu melalui video di tempat perlumbaan. Saya nampak dia jatuh dan bahu tersangkut pada pagar yang terbuka separuh yang menyebabka­n dadanya terkena pagar,” katanya.

 ??  ?? Gambar fail Hafiz (kanan) ketika menjuarai Pusingan 4 Kejuaraan Cub
Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.
Gambar fail Hafiz (kanan) ketika menjuarai Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia