Berita Harian

Syahmi jadi idola FAS

Sathianath­an mahu pemain Selangor contohi pemain pertahanan itu

- Oleh Siraj Mohd Zaini

Pengendali Selangor, B Sathianath­an mahu barisan pemain mudanya me ngikut jejak tonggak pertahanan kanan pasukan itu, Muhammad Syahmi Safari, 20, yang beraksi cemerlang meskipun usianya masih muda.

Sathianath­an berkata, Muham kan dirinya berada pada tahap terbaik dengan membantu Malaysia layak sehingga ke final Piala AFF Suzuki 2018 meskipun hanya mampu bergelar naib juara.

Katanya, tiada yang mustahil khususnya untuk pemain muda membarisi kesebelasa­n utama pasukan The Red Giants bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia 2019.

“Pemain muda dari Selangor jadi bintang dalam Piala AFF Suzuki 2018, saya mahu pemain muda ini ikut jejak Syahmi.

“Satu contoh yang baik (untuk pemain muda), tidak mustahil pemain muda dalam ‘1st eleven’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran jersi ketiga serta sesi pengenalan pemain bola sepak Selangor di Stadium Shah Alam, di sini, semalam.

Tiada import ASEAN

Sementara itu, beliau berkata, tiga pemain import akan diambil bagi mengisi kuota selain tonggak penyerang sedia ada dari Sepanyol, Rufino Segovia.

“Seorang pemain sedang da nah bermain dengan saya, ia (pemain import) akan diisi bagi posisi pertahanan tengah dan pemain tengah.

“Mungkin saya tidak gunakan (kuota) pemain import ASEAN, sebab yang terbaik datangnya dari Vietnam dan Thailand, tetapi mustahil mereka hendak bermain di sini, jadi kita perlu realistik,” katanya.

Dalam pada itu, Sathianath­an yang membawa FELDA United menjuarai saingan Liga Perdana 2018 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih bulan lalu juga mahu semua pemainnya sentiasa fokus terhadap semua perlawanan termasukla­h Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia