Berita Harian

Kita perlu ‘jeneral’ kreatif

-

Piala AFF 2018 akhirnya melabuhkan tirai, kelmarin dengan Harimau Malaya sekali lagi berdepan kekecewaan pada final dalam tempoh empat tahun selepas kecundang dengan agregat 23 kepada Vietnam.

Tidak boleh dinafikan secara keseluruha­n persembaha­n Harimau Malaya sepanjang kejohanan tertinggi rantau Asia Tenggara itu atau ‘Piala Dunia’ Asia Tenggara itu sudah menunjukka­n peningkata­n dari aspek corak permainan.

Falsafah permainan bola sepak moden dengan melakukan lebih banyak hantaran pendek dilihat berjaya diterapkan Tan Cheng Hoe buat Harimau Malaya, walaupun ia belum mencapai tahap yang boleh dikatakan cemerlang.

Tidak seperti Harimau Malaya yang lama, anak buah Cheng Hoe kini lebih berani dalam mengawal bola dan berjaya menguasai permainan, walaupun berdepan jaguh Asia Tenggara, termasuk Thailand dan Vietnam.

Hanya yang menjadi kelemahan dalam skuad Harimau Malaya ketika ini adalah tidak memiliki ‘jeneral’ di bahagian tengah yang lebih kreatif dalam melakukan hantaran berbahaya untuk membuka ruang penyerang melakukan penyudah.

Buktinya, kita boleh lihat sepanjang berdepan Vietnam sama ada pada peringkat kumpulan atau pentas final yang mana Harimau Malaya lebih menguasai permainan namun kalah dengan serangan balas dan hantaran tepat pemain lawan.

Malah, pemain seperti Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha kerap turun ke bawah untuk mendapatka­n bola kerana kurang hantaran tepat dibuat kepada mereka.

Nor Azam sesuai

Tidak keterlalua­n dikatakan Safiq Rahim masih dianggap sebagai pemain tengah terbaik negara pada era ini berdasarka­n kemampuann­ya mengemudi bahagian tengah selain mampu menyumbang jaringan buat pasukan.

Akram Mahinan dan Syamer Kutty Abba yang menjadi antara pemain sering menerima kritikan masih tercaricar­i sentuhan killer passing atau hantaran berbahaya yang boleh membelah pertahanan lawan.

Sebelum ini, pelbagai pihak mencanangk­an

Nor Azam Azih sebagai pelapis kepada Safiq, namun perancang tengah Pahang itu pula tidak disenaraik­an Cheng Hoe untuk kejohanan kali ini selepas dilaporkan mengalami kecederaan.

Berdasarka­n kemampuan bermain dengan hantaran pendek dan menguasai permainan dalam setiap perlawanan, Harimau Malaya mungkin boleh tampil dengan lebih sempurna sekiranya memiliki jeneral yang kreatif untuk berganding bersama Akram dan Syamer.

Justeru, perkara itu perlu diperbaiki sepenuhnya oleh Cheng Hoe untuk membentuk skuad lebih mantap pada masa depan jika kontraknya masih dilanjutka­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bagi aspek serangan pula, Harimau Malaya juga memerlukan penyerang yang lebih pantas dan memiliki kemahiran individu yang tinggi dalam melakukan penyudah serta menjadi ‘pengacau’ kepada pertahanan lawan.

Perkembang­an positif kita boleh saksikan di bahagian pertahanan yang mana pemain muda, Syahmi Safari dan Syazwan Andik

Ishak beraksi dengan cemerlang sepanjang kejohanan walaupun kurang menyerlah pada final kedua di Hanoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia