Berita Harian

Formula 70:30 beri impak

-

Kuala Lumpur: Biarpun gagal merangkul kejuaraan Piala AFF buat kali kedua, hakikat yang harus diakui ada petanda positif yang ditunjukka­n dalam persembaha­n skuad Harimau Malaya.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM, Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa, menjelaska­n keberanian jurulatih Tan Cheng Hoe menggunaka­n formula 70:30 iaitu 70 peratus pemain muda dan 30 peratus pemain senior dilihat berjaya membentuk permainan yang lebih menarik berbanding sebelum ini.

Sambil mengakui masih ada perkara yang perlu diperbaiki, beliau bagaimanap­un berkata, skuad Harimau Malaya ketika ini sudah berada pada landasan yang betul untuk berubah seiring corak permainan bola sepak moden.

“Secara keseluruha­n saya bangga sebab formu la yang saya canangkan dahulu 70:30 menunjukka­n hasil, walaupun tidak merangkul piala.

“Tetapi ia dalam proses kematangan dan saya lihat pasukan negara berada pada landasan yang betul.

Intai peringkat Asia

“Apa yang penting barisan pemain muda perlu cepat mematangka­n permainan mereka, terutama aspek kemahiran individu bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalk­an pemain senior seperti Zaquan Adha Abd Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha.

“Kita ada pelapis di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee dan apa yang perlu dilakukan adalah memberikan mereka lebih banyak pendedahan pada peringkat antarabang­sa dan mengharung­i perlawanan yang lebih kompetitif,” katanya kepada Sukan NSTP, semalam.

Cheng Hoe menyenarai kan lebih separuh pemain berusia bawah 26 tahun untuk kempen Piala AFF kali ini dengan empat pemain muda bawah 23 tahun menjadi tonggak utama.

Hanya enam pemain ber usia 29 ke atas yang di naraikan Cheng Hoe untuk digunakan dalam ke belasan utama.

Selain itu, Sadek turut berpendapa­t falsafah mengenai bola sepak moden perlu diperkemas­kan lagi dalam permainan Harimau Malaya untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 yang dijangka bermula tahun depan.

“Sekarang kita mampu layak ke final Piala AFF dan kita perlu fokus kepada kejohanan peringkat Asia pula.

“Jika berjaya mempamerka­n prestasi yang baik pada peringkat Asia, tidak mustahil kita boleh berada pada landasan terbaik untuk harungi kelayakan Piala Dunia nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia