Berita Harian

‘Ultras Malaya buat kami rasa selamat’

-

Hanoi: Tindakan berani sekumpulan penyokong Malaysia termasuk Ultras Malaya berjaya menyelamat­kan isteri jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe, Jocelyn Tan daripada detik mencemaska­n ketika cuba memasuki Stadium Nasional My Dinh malam kelmarin.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 7 malam itu, kenderaan yang dinaikinya bersama keluarga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dirempuh penyokong Vietnam ketika terperangk­ap di luar stadium.

Ia berlaku selepas kenderaan van 16 penumpang yang mereka naiki gagal mengikut kenderaan

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyerahka­n masa depannya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sama ada mahu melanjutka­n kontraknya yang bakal berakhir hujung bulan ini.

Meskipun gagal membimbing skuad negara merangkul kejuaraan Piala AFF 2018 selepas tumpas kepada Vietnam menerusi agregat 23 malam tadi, pengendali berusia 50 tahun itu berjaya menepati sasaran FAM untuk pengiring dari belakang akibat kesesakan yang teruk sebelum aksi final kedua Piala AFF bermula jam 8.30 malam.

Jocelyn yang menceritak­an detik cemas itu berkata, sekumpulan Ultras Malaya melindungi van mereka daripada terus dirempuh ribuan penyokong Vietnam yang berang kerana menghalang perjalanan mereka masuk ke stadium.

“Saya nak ucapkan terima kasih buat Ultras Malaya sebab selamatkan kami, beri kami laluan terutama ketika cuba melindungi kenderaan kami daripada diasak penyokong Vietnam. Saya sangat terharu,” katanya yang kali pertama me ngikuti suaminya ke perlawanan di tempat lawan.

Kamera rosak

“Walaupun kirakira setengah jam kami terperangk­ap, mereka (Ultras Malaya) buat kami rasa selamat.”

Sementara itu, seorang penyokong Ultras Malaya, Faizal Osman yang berada di tempat kejadian mengakui cuba membantu selepas mengetahui isteri dan anak Hamidin menaiki kenderaan itu.

“Apabila kami tahu ada ahli keluarga Presiden FAM dalam kereta itu, kami cuba menghalang rempuhan penyokong Vietnam yang ingin masuk ke dalam stadium.

“Mujur tiada di antara kami yang kena pukul teruk, cuma ada yang mengasak kami, tolakdan ada juga yang kena baling botol.

“Tapi kami rasa ini tugas kami untuk melindungi orang kita, lebih lagi apabila tahu ada keluarga presiden FAM di dalamnya (kereta). Kami cuba membuka laluan kepada kereta itu untuk keluar dan akhirnya berjaya,” katanya.

Dalam insiden itu juga, seorang jurugambar dari Malaysia Khairil Jaafar mengalami kerugian RM800 selepas peralatan kamera miliknya rosak ketika diasak penyokong Vietnam.

 ?? [ FOTO EPA ] ??
[ FOTO EPA ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia