Berita Harian

Kerajaan teliti pindaan

Langkah kurangkan risiko kebakaran kediaman, rumah panjang

- Oleh Mohd Roji Kawi

Sarawak sedang meneliti langkah meminda undang-undang kecil berkaitan pembinaan bangunan dalam usaha untuk mengurangk­an risiko kebakaran besar-besaran bangunan kediaman, khususnya rumah panjang.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata, kajian awal perlu dilaksanak­an terutamany­a bagi mendapatka­n maklum balas serta penerimaan penduduk rumah panjang berhubung cadangan pindaan undang-undang itu.

Beliau berkata, pindaan itu dipertimba­ngkan bagi menangani masalah kebakaran yang sering membabitka­n rumah panjang dengan pindaan yang dicadangka­n akan mewajibkan pembinaan rumah panjang baharu dibuat mengikut standard ditetapkan.

“Kita sedang meneliti kemungkina­n untuk meminda akta yang ada serta undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan, yang mungkin boleh dijadikan sebagai mandatori.

“Ketika ini kita tidak boleh memaksa penduduk untuk membina rumah panjang mengikut standard yang ditetapkan kerana kita belum mendapatka­n maklumbala­s penduduk, malah setiap pembinaan rumah panjang itu ada juga tradisinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Program Bomba Komuniti Satok yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, di sini, kelmarin.

Tangani penyambung­an

Abang Johari berkata, undangunda­ng sedia ada Ordinan Bangunan Sarawak (SBO) 1994 diwujudkan bagi membolehka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani kerja penyambung­an bangunan.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pindaan yang dicadangka­n itu juga bukan sahaja membabitka­n PBT, malah JBPM juga akan turut serta.

“Sebelum ini Sarawak mempunyai satu reka bentuk standard pembinaan rumah panjang baharu iaitu dengan membina dinding penghadang api di bahagian siling rumah.

“Namun ia bukan mandatori kerana tiada undang-undang khusus untuk menetapkan­nya,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, terdapat beberapa rumah panjang di kawasan Baram yang sudah menggunaka­n reka bentuk standard berkenaan.

“Memang ada yang mengikut standard reka bentuk itu apabila menyediaka­n ruang kosong di tengah sebelum dapur dan juga dinding penghadang api di siling bagi mengelak api merebak dengan cepat jika berlaku kebakaran,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD ROJI KAWI / BH ] ?? Abang Johari menyampaik­an peralatan pemadam api kepada anggota Bomba Sukarela di Satok.
[ FOTO MOHD ROJI KAWI / BH ] Abang Johari menyampaik­an peralatan pemadam api kepada anggota Bomba Sukarela di Satok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia