Berita Harian

Jalan berlubang punca nahas tiga kenderaan

-

Beluran: Hanya disebabkan jalan raya berlubang, 11 individu termasuk bayi lelaki menjadi mangsa apabila terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di kawasan Lung Manis, Jalan Beluran - Telupid, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan tujuh perempuan berusia antara lima bulan hingga 45 tahun.

Difahamkan, kejadian membabitka­n sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang datang dari arah Telupid menuju ke Beluran, manakala sebuah lagi ialah pacuan empat roda Toyota Vigo datang dari arah bertentang­an.

Elak lubang

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Rosemidian Majid, berkata beliau bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi itu, didapati kemalangan membabitka­n tiga kenderaan. Difahamkan, kereta jenis Honda CRV dipercayai memperlaha­nkan kenderaan secara tiba-tiba bagi mengelak lubang. “Toyota Avanza yang berada di belakang kenderaan itu kemudian terlangar bahagian belakang.

“Sebuah pacuan empat roda pula yang datang dari arah bertentang­an terpaksa mengelak Toyota Avanza itu lalu terbabas ke tepi kiri jalan raya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Rosemidian berkata, semua mangsa keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pihaknya dan semuanya hanya mengalami kecederaan ringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia