Berita Harian

PPM tahan 10 imigran Filipina

Cubaan menyusup masuk gagal hasil maklumat risikan

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

Hasrat 10 imigran Filipina untuk menyusup masuk ke negara ini gagal selepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam satu Operasi Khas di kawasan perairan Pulau Omadal, dekat sini, pagi Khamis lalu.

Ia susulan maklumat yang disalurkan oleh Unit Risikan Marin (URM) kepada bot ronda PPM (PAR 3) Semporna yang ketika itu sedang menjalanka­n tugas rondaan di kawasan perairan berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata pihaknya memintas sebuah perahu kayu yang dikendalik­an oleh seorang lelaki berumur 38 tahun pada kira-kira jam 10.40 pagi.

Katanya, ketika pemeriksaa­n pihaknya mendapati ada 10 orang termasuk juragan dan pembantuny­a dalam bot berkenaan, masing-masing tujuh lelaki dan tiga wanita termasuk empat kanak-kanak berumur setahun hingga 72 tahun tanpa dokumen pengenalan diri.

“Turut ditahan ialah seorang pembantu juragan berumur 35 tahun kerana gagal menunjukka­n sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, semalam.

Bayar 500 peso

Mohamad Pajeri berkata, siasatan awal mendapati semua mereka yang berasal dari Pulau Sitangkai, Filipina memulakan perjalanan dari pulau berkenaan pada jam 6.30 petang Jumaat dengan bayaran 500 peso (RM39) sebagai tambang perjalanan untuk menyusup masuk ke daerah ini.

Menurutnya lagi, pemeriksaa­n lanjut kemudian menemui matawang Filipina sebanyak 3,780 peso (RM298) milik juragan dan penumpang selain barang peribadi di dalam ruangan perahu terbabit.

Katanya, perahu yang dilengkapi satu unit enjin sangkut jenama Yamaha Enduro 40hp turut dirampas, dengan keseluruha­n nilai rampasan dianggarka­n berjumlah RM16,000.

“Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 34(5) Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tidak lebih 15 tahun dan denda atau kedua-duanya,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN PPM ] ?? Pasukan Polis Marin berjaya menahan lapan imigran warga Filipina yang menyusup masuk ke negara ini dalam satu Operasi Khas di kawasan perairan Pulau Omadal, di Semporna.
[ FOTO IHSAN PPM ] Pasukan Polis Marin berjaya menahan lapan imigran warga Filipina yang menyusup masuk ke negara ini dalam satu Operasi Khas di kawasan perairan Pulau Omadal, di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia