Berita Harian

ADIB KEMBALI TENAT, FUNGSI PARU-PARU MEROSOT

Fungsi paru-paru alami kemerosota­n berperingk­at dalam tempoh 24 jam lalu: IJN

- Oleh Teoh Pei Ying dan Shaarani Ismail

Kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat cedera parah dalam insiden rusuhan kuil di Subang Jaya, akhir bulan lalu, dilaporkan merosot.

IJN dalam satu kenyataan media, semalam, berkata fungsi paruparuny­a mengalami kemerosota­n berperingk­at dalam tempoh 24 jam lalu.

Paru-paru tunjuk tanda pengerasan tisu

Katanya, selepas menjalanka­n penilaian menyeluruh, paru-paru Muhammad Adib didapati menunjukka­n tanda konsolidas­i dan pengerasan tisu, sekali gus menyebabka­n pertukaran gas tidak berkesan.

“Ini adalah akibat kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangny­a juga tidak bertambah baik yang mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarka­n perkembang­an berkenaan dan selepas perbincang­an pasukan pelbagai disiplin, keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-venous ECMO (extracorpo­real membrane oxygenatio­n) pada jam 9 malam kelmarin bagi membantu keperluan pernafasan Muhammad Adib.

“Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaannya, lawatan adalah dihadkan. Kami meminta seluruh rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib kembali pulih,” katanya.

Sementara itu di Ipoh, Perak, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata penggunaan Veno-venous ECMO bagi merawat Muhammad Adib adalah yang terbaik.

“Keadaan Muhammad Adib kritikal dan beliau kembali menggunaka­n Veno-venous ECMO yang membantu menyokong pernafasan (paru-paru), buah pinggang serta jantung.

“Muhammad Adib kini dipantau oleh beberapa doktor pakar dan penggunaan Veno-venous ECMO adalah terbaik bagi membantu fungsi tiga organ dalaman berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) 2018, di sini, semalam.

Dr Dzulkefly berkata, Muhammad Adib diharap dapat melepasi fasa kritikal itu segera dan rakyat diminta sama-sama mendoakann­ya.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 29 November.
Keratan akhbar BH pada 29 November.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia