Berita Harian

Universiti Thailand iktiraf Tun M negarawan ulung

Dr M terima anugerah pada majlis konvokesye­n di Bangkok

-

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Kepemimpin­an Sosial, Peniagaan dan Politik daripada Presiden Universiti Rangsit, Dr Arthit Ourairat di Bangkok, semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menerima ijazah kedoktoran kehormat dalam kepemimpin­an sosial, perniagaan dan politik daripada Universiti Rangsit (RUS) Thailand di kampus induknya di daerah Mueang Pathum Thani, 30 kilometer dari sini.

Dr Mahathir dianugerah ijazah kehormat itu pada majlis konvokesye­n ke-34 universiti itu di mana 5,950 graduannya turut menerima ijazah.

Perdana Menteri adalah tokoh umum berprofil tinggi keempat yang dianugerah ijazah kedoktoran kehormat oleh universiti berkenaan selepas mendiang Puteri Srinagarin­dra (aka Somdet Ya); Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (2009) dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe (2016).

Majlis penganuger­ahan berwarna-warni berlangsun­g penuh tradisi, dengan Dr Mahathir dipersilak­an ke bilik resepsi dan disarungka­n jubah kedoktoran baldu merah serta hitam.

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut diberi penghormat­an memakai jubah baldu biru serta merah dan mengiringi suami ke atas pentas.

Majlis itu dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan lagu kebangsaan Thailand oleh 40 anggota Orkestra RUS di bawah pimpinan Vanich Potavanich.

Puji pencapaian negara

Ini diikuti penyampaia­n ucapan sanjungan oleh Presiden RUS, Dr Arthit Ourairat yang memuji pelbagai pencapaian Malaysia di bawah kepemimpin­an Dr Mahathir dan perjuangan beliau menentang ketidakadi­lan sosial serta ekonomi bagi semua.

Beliau turut menyentuh usaha Dr Mahathir memulihkan ekonomi negara termasuk mendapatka­n semula kekayaan yang hilang akibat skandal 1MDB.

Selepas menyampaik­an ucapan sanjungan itu, Arthit menyerahka­n kepada Dr Mahathir topi akademik kedoktoran, sijil serta sebuah plak.

Ia disusuli dengan ucaptama Dr Mahathir di mana beliau berkata: “Saya berasa terharu dengan pengiktira­fan ini dan berbesar hati untuk menerima penghormat­an ini sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bagi pihak negara saya. Saya sesungguhn­ya amat menghargai pengiktira­fan ini dan saya akan berusaha untuk terus menyumbang kepada rakyat Malaysia dan negara di seluruh dunia.

“Saya gembira kerana diberi peluang untuk berucap kepada pelajar universiti ini, anda semua adalah pemimpin hari esok dan harapan bagi generasi masa depan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau mengambil maklum bahawa RUS telah bergerak ke arah menjadi sebuah universiti penyelidik­an dan berharap agar kerjasama dapat dijalin antara RUS serta universiti di Malaysia.

Selepas ucapan itu berakhir, lagu berjudul Dreamland Will Shine yang ditujukan khas buat Dr Mahathir didendangk­an oleh Areeya Rotajanadi­t.

Susunan muzik dikendalik­an dekan konservato­ri muzik RUS Dr Denny Euprasert dengan gubahan melodi oleh beliau sendiri manakala lirik pula hasil nukilan Pisamai Chandavimo­l.

Lirik lagu itu berkisar mengenai usaha dan pengorbana­n seorang pemimpin yang berdedikas­i.

Pada sidang akhbar selepas itu, Dr Mahathir berkata beliau bukan sahaja berasa terharu, bahkan turut mengagumi lagu yang ditujukan khas buat beliau, sesuatu yang baharu bagi dirinya jika dibandingk­an dengan pelbagai sanjungan yang diterimany­a sehingga kini.

Dalam perkembang­an lain, Dr Mahathir juga berkata beliau berpuas hati dengan peranan yang dimainkan fasilitato­r Malaysia, Tan Sri Abdul Rahim Noor, dalam rundingan damai bagi menamatkan kitaran keganasan di selatan Thailand.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ??
[ FOTO BERNAMA ]
 ??  ?? Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bersama Dr Arthit pada majlis anugerah ijazah kedoktoran kehormat daripada Universiti Rangsit di Bangkok, semalam.
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bersama Dr Arthit pada majlis anugerah ijazah kedoktoran kehormat daripada Universiti Rangsit di Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia