Berita Harian

Bencana alam

-

Bencana alam membawa kepada tragedi juga berlaku di seluruh dunia.

Gempa bumi Papua New Guinea berukuran 7.5 pada jam 3.44 pagi (waktu tempatan), 25 Februari, meragut 200 nyawa, termasuk menerusi tiga gempa susulan berukuran 6.0, 6.7 dan 6.6, masing-masing pada 4 dan 7 Mac serta April.

Di Asia, lebih 125 penduduk maut apabila ribut pasir berkelajua­n tinggi melanda utara India selama dua hari, iaitu 2 dan 3 Mei. Lebih kurang dua minggu selepas itu, sehingga 80 penduduk dilaporkan maut dipanah petir dalam kejadian ribut petir membabitka­n lima negeri di India, kebanyakan­nya di Uttar Pradesh.

Pada 3 Jun, Guatemala digegarkan dengan letusan gunung berapi Volcán de Fuego mencakupi letusan lahar, gas panas dan debu yang berlaku pantas, menyebabka­n hampir tiada masa untuk penduduk setempat melarikan diri hingga meragut hampir 200 nyawa dan disifatkan letusan terkuat di negara terbabit sejak 1929.

Sementara itu, 225 penduduk di 15 penempatan di barat daya Jepun terbunuh dalam kejadian banjir lumpur akhir Jun hingga 6 Julai. Kejadian itu disifatkan antara banjir terburuk pernah melanda Jepun sejak bencana seumpama itu di Nagasaki pada 1982 yang meragut 299 nyawa.

Rantau Eropah tidak ketinggala­n menerima tempias bencana alam apabila cuaca panas melampau di Greek mencetuska­n kebakaran hutan, khususnya di kawasan pantai sekitar Attica, Julai lalu.

Sehingga 12 September, 99 penduduk disahkan maut dan kebakaran berkenaan dianggap kedua terbesar dalam kurun ke-21 selepas tragedi kebakaran belukar

Black Saturday di Australia pada 2009 yang mengorbank­an 180 mangsa.

Di Lombok, Indonesia pula, gempa bumi berukuran 7.0 meragut sekurang-kurangnya 436 nyawa dan lebih 238 mangsa lagi disahkan cedera, malah amaran tsunami turut dikeluarka­n.

Banjir besar landa Kerala

Bermula 9 Ogos, beberapa banjir besar mula melanda Kerala di selatan India susulan hujan lebat luar biasa ketika musim tengkujuh dan ia disifatkan bah terburuk di wilayah itu sepanjang hampir 100 tahun. Lebih 483 penduduk dilaporkan meninggal dunia, manakala 14 disahkan masih hilang.

Banjir besar turut berlaku di Korea Utara pada 28 Ogos, membunuh sekurang-kurangnya 76 penduduk dengan 75 lagi dilaporkan hilang. Bencana terbabit juga memusnahka­n lebih 800 bangunan dan menyebabka­n 10,700 penduduk hilang rumah masing-masing.

Di Hokkaido, Jepun, 44 orang disahkan maut dan 691 lagi cedera apabila gempa bumi berukuran 6.6 melanda pada 6 September, jam 3.09 pagi (waktu tempatan). Gempa itu turut menjejaska­n bekalan elektrik di Hokkaido, menyebabka­n 5.3 juta penduduk bergelap.

Di Filipina pula, sekurang-kurangnya 81 rakyat negara itu maut dibadai Taufan Mangkhut pada 7 September, yang turut melanda Hong Kong, China dan Taiwan tidak lama selepas itu.

Kemudian, 78 penduduk terbunuh akibat tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat di Cebu, Filipina pada 20 September. Ia kejadian tanah runtuh kedua terburuk di negara terbabit selepas kes di Benguet hanya lima hari sebelum itu yang meragut sekurang-kurangnya 77 nyawa, berpunca daripada Mangkhut.

Selepas Lombok, Indonesia sekali lagi digegarkan dengan kejadian gempa bumi di Sulawesi yang berukuran 7.5. Gempa berpusat di Donggala itu turut mencetuska­n tsunami di bandar Palu, menyebabka­n lebih 2,100 kematian dan disenaraik­an gempa paling buruk selepas tragedi sama di Jogjakarta pada 2006.

Kebakaran di California boleh dianggap penutup tirai bencana alam tahun ini selepas mencatat sejarah sebagai kebakaran hutan paling buruk di negeri ketiga terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu sejak tragedi Cloquet pada 1918 dan keenam terburuk keseluruha­n.

Kebakaran yang bermula pada 8 November menyebabka­n 86 kematian dan memusnahka­n 62,053 hektar kawasan serta 18,804 struktur bangunan. Ia berjaya dikawal sepenuhnya 17 hari selepas bermula iaitu pada 25 November.

 ??  ?? Seorang kanak-kanak berdiri di atas lokasi bekas rumah keluargany­a yang musnah di Palu.
Seorang kanak-kanak berdiri di atas lokasi bekas rumah keluargany­a yang musnah di Palu.
 ??  ?? Taufan Mangkhut melanda Filipina.
Taufan Mangkhut melanda Filipina.
 ?? [FOTO REUTERS] ?? Kebakaran hutan di California.
[FOTO REUTERS] Kebakaran hutan di California.
 ??  ??
 ?? [FOTO AP] ??
[FOTO AP]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia