Berita Harian

Tragedi pesawat udara

-

Kemalangan pesawat tidak ketinggala­n melatari 2018.

Pada 11 Februari, pesawat Antonov An-148, milik syarikat penerbanga­n Saratov Airlines membawa 71 orang termasuk enam kru, terhempas sejurus meninggalk­an Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow, Russia.

Tragedi kedua juga pada 6 Mac juga ada kaitan dengan Russia apabila pesawat pengangkut Antonov An-26 terhempas ketika menghampir­i pangkalan udara Khmeimim di Syria, membunuh semua 39 orang anggota Pasukan Keselamata­n Russia, termasuk Mejar Jeneral Vladimir Yeremeyev.

Nahas udara terburuk berlaku di Algeria, membabitka­n kematian semua 257 penumpang dan anak kapal pada 11 April. Pesawat terhempas

sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Boufarik, berhampira­n Blida, barat daya Algeria dan tercatat sebagai nahas pesawat udara terburuk negara itu.

Di Cuba, seramai 112 mangsa yang menaiki Penerbanga­n 972 Cubana de Aviacon terkorban apabila pesawat domestik dari Lapangan Terbang José Martí terhempas sejurus berlepas pada 18 Mei. Pesawat Boeing 737-201 berusia 39 tahun itu dijadual menuju ke Lapangan Terbang Frank País di Holguín.

Indonesia menutup tirai tragedi pesawat tahun ini dengan kes Penerbanga­n 610 milik Lion Air. Pesawat Boeing 737 MAX itu terhempas di Laut Jawa,13 minit selepas meninggalk­an Lapangan Terbang Antarabang­sa Soekarnoha­tta di Jakarta, menuju Lapangan Terbang Depati Amir di Pangkal Pinang.

 ?? [FOTO AFP] ?? Sebahagian serpihan pesawat Lion Air ditemui pasukan penyelamat di Laut Jawa.
[FOTO AFP] Sebahagian serpihan pesawat Lion Air ditemui pasukan penyelamat di Laut Jawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia