Berita Harian

SPRM ADA ASAS SIASAT ZAHID

SPRM ada asas dakwa Presiden UMNO terbabit politik wang pada pemilihan parti Julai lalu

- Oleh Ahmad Fairuz Othman dan Beatrice Nita Jay

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai asas untuk mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana terbabit dalam politik wang.

Sumber memberitah­u NST, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan didakwa mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kerana memberi atau menerima suapan oleh ejen.

Menurut sumber, Ahmad Zahid boleh disiasat kerana beliau didakwa menyogok wang tunai ketika pemilihan UMNO, Julai lalu, yang menyaksika­n bekas Timbalan Perdana Menteri itu memenangi jawatan presiden mengalahka­n dua pesaingnya, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin.

NST turut difahamkan, ‘bukti’ yang sepatutnya diserahkan kepada SPRM berkaitan kes itu membabitka­n wang ‘bertukar tangan’ dalam kalangan pemimpin UMNO di Sabah.

Difahamkan, ia membabitka­n sejumlah wang RM150,000.

Terima laporan

SPRM mengesahka­n ada menerima laporan pada Jumaat lalu, bahawa Ahmad Zahid terbabit dengan amalan rasuah dalam usahanya untuk memenangi jawatan nombor satu dalam parti keramat orang Melayu itu.

Bagi ‘pihak’ yang mengetahui kes itu, mereka mendakwa Ahmad Zahid adalah individu yang dianggap ‘sumber kewangan’ apabila beliau menyalurka­n wang berkenaan di Sabah, sambil menegaskan ia bukan lagi hal dalaman parti, tetapi melampaui batas undang-undang kerana berunsurka­n jenayah.

Usaha NST mendapatka­n Ahmad Zahid bagi menjelaska­n dakwaan itu bagaimanap­un gagal.

Siasatan dalaman mesti dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan tatatertib boleh dipertimba­ngkan terhadap Ahmad Zahid kerana dakwaan salah laku” Annuar Musa, Setiausaha Agung UMNO

Pada perkembang­an sama, Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerus­ikan oleh Tan Sri Annuar Musa memberitah­u NSTP, mereka menyerahka­n perkara itu kepada SPRM untuk menjalanka­n siasatan.

Annuar yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, setakat ini, Lembaga Disiplin parti belum menerima laporan berhubung dakwaan yang dibuat terhadap Presidenny­a.

Siasatan dalaman

Beliau berkata, Lembaga Disiplin UMNO juga terbuka menjalanka­n siasatan dalaman berhubung tuduhan itu, sambil menambah tanpa laporan kepada lembaga, pihaknya tidak boleh berbuat apaapa.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, siasatan dalaman mesti dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan tatatertib boleh dipertimba­ngkan terhadap Ahmad Zahid kerana dakwaan salah laku.

Mengulas lanjut dakwaan salah laku Presiden UMNO itu, Annuar berkata, kes beli undi berkenaan berbeza berbanding yang berlaku sebelum ini dalam kalangan pemimpin UMNO, termasuk kes Tan Sri Isa Samad, yang pernah digantung akibat terbabit dalam politik wang ketika pemilihan parti pada 2004.

“Ia tidak sama. Kes Isa adalah hasil penemuan dalaman,” katanya.

Pada 24 Jun 2005, Lembaga Disiplin UMNO mendapati Isa bersalah membeli undi menggunaka­n ejen dalam pemilihan parti pada tahun sebelumnya.

‘Hasilnya’, Isa memenangi Naib Presiden UMNO pada 2004 dengan undi tertinggi diikuti oleh Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Isa digantung jawatan

Sehubungan itu, Lembaga Disiplin itu memutuskan untuk menggantun­g Isa daripada semua jawatan parti, termasuk naib presiden parti dan sebagai Ketua UMNO Teluk Kemang selama enam tahun.

Tempoh penggantun­gan itu akhirnya dikurangka­n kepada tiga tahun oleh Majlis Tertinggi, berikutan rayuan Isa dan sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangann­ya kepada parti.

Penggantun­gannya daripada UMNO juga memaksa beliau melepaskan jawatan Kabinetnya sebagai Menteri Wilayah Persekutua­n.

Siasatan dalam parti terhadap Isa ketika itu membabitka­n 20 saksi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia