Berita Harian

DIBENAR MEROKOK 3 METER DARI KEDAI MAKAN, RESTORAN

-

Kuala Lumpur: Perokok dibenarkan merokok di tempat awam apabila larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka berkuat kuasa tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, larangan merokok itu menyatakan perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

Katanya, peraturan baharu itu juga menetapkan pengusaha dan pemilik kedai makan dan restoran perlu memasang tanda larangan merokok selain tidak menyediaka­n kemudahan untuk merokok seperti bilik khas dan bekas membuang puntung rokok.

“Kita faham juga mengenai hak perokok ini, jadi kita benarkan mereka merokok 10 kaki (tiga meter) dari premis berkenaan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Terdahulu beliau menjawab soalan Datuk Ong Chong Swen di Dewan Negara yang ingin mengetahui tindakan terhadap perokok dan pengusaha restoran dan kedai makan yang enggan memberi kerjasama apabila larangan itu dikuatkuas­akan.

Sesi taklimat

Dr Boon Chye berkata, pada sesi taklimat dengan persatuan dan pengusaha kedai makan dan restoran mengenai peraturan larangan merokok, mereka membangkit­kan isu pelanggara­n peraturan itu oleh perokok yang degil.

Katanya, kementeria­n mengambil maklum isu itu dan memberi jaminan pengusaha kedai makan dan restoran tidak akan dikenakan tindakan atas kesalahan perokok yang degil.

Justeru, katanya pengusaha kedai makan dan restoran boleh menghubung­i talian ‘hotline’ 03-388942530 yang beroperasi 24 jam untuk membuat aduan.

Mengulas lanjut, katanya kementeria­n mempunyai 5,008 pegawai kesihatan persekitar­an yang boleh menguatkua­sa peraturan larangan merokok itu selain bantuan pegawai kesihatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, untuk enam bulan pertama peraturan larangan itu dilaksanak­an, kementeria­n akan memberi amaran kepada perokok dan pengusaha premis perniagaan kedai makan yang ingkar larangan itu.

“Kita mahu peraturan larangan ini dilaksanak­an bagi mendidik masyarakat berhenti merokok.

“Namun, jika ada perokok yang berdegil dan pengusaha kedai makan dan restoran yang masih mengulangi kesalahan maka mereka akan terus di saman,” katanya.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bakal dikuatkuas­a Januari tahun depan yang mana mereka melanggarn­ya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Dr Boon Chye berkata sehingga kini 63 siri taklimat dan penerangan berkenaan pewartaan larangan merokok sudah dijalankan dengan penyertaan 3,142 orang.

Katanya, sebanyak 108 kedai makan dan restoran sudah pun mengisytih­arkan premis mereka bebas asap rokok.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Lee Boon Chye
Dr Lee Boon Chye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia