Berita Harian

MALAYSIA FAIL TUDUHAN JENAYAH TERHADAP GOLDMAN SACHS

Tuduhan jenayah terhadap anak syarikat Goldman Sachs, empat individu

- Oleh Murni Wan Omar

Jabatan Peguam Negara semalam memfailkan pertuduhan jenayah terhadap anak syarikat Goldman Sachs dan empat individu berhubung penggelapa­n RM11.3 billion daripada hasil tiga bon yang dikeluarka­n oleh anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya akan menuntut denda melebihi RM11.3 billion (AS$2.7 bilion) dan hukuman penjara.

Beliau berkata empat individu terbabit ialah dua pekerja Goldman Sachs iaitu Tim Leissner serta Roger Ng Chong Hwa; bekas pekerja 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Selepas menonjolka­n diri mereka sebagai penasihat/pengatur bon yang ulung, pastinya standard tertinggi diharapkan daripada Goldman Sachs bagaimanap­un mereka jauh tersasar dan akibatnya mereka hendaklah bertanggun­gjawab.

“Pertuduhan jenayah bagi ke-

salahan di bawah undang-undang sekuriti Malaysia sudah dikemukaka­n terhadap anak syarikat Goldman Sachs dan empat individu itu hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan.

Perlakuan dan persubahat­an

Beliau berkata pertuduhan itu membabitka­n perlakuan dan persubahat­an dalam hal membuat pernyataan palsu atau mengeliruk­an oleh mereka bagi menggelapk­an RM11.3 billion daripada hasil tiga bon yang dikeluarka­n oleh anak syarikat 1MDB, yang diatur dan ditaja jamin oleh Goldman Sachs.

“Leissner dan Ng dari Goldman Sachs bersubahat dengan Jho Low, Ai Swan(penasihat Undang-undang 1MDB pada ketika itu) dan lain-lain untuk menyogok penjawat awam Malaysia bagi mendapatka­n pemilihan, pembabitan dan penyertaan Goldman Sachs dalam penerbitan semua bon ini.

“Goldman Sachs mendapat mantommy faat melalui penerimaan yuran taja jamin dan pengaturan sebanyak RM2.5 bilion (AS$600 juta), yang berkali ganda lebih tinggi daripada kadar pasaran lazim dan norma pasaran,” katanya.

Tommy berkata selain menerima secara peribadi sebahagian hasil bon yang digelapkan, pekerja dan pengarah Goldman Sachs turut menerima bonus selain peningkata­n prospek kerjaya di syarikat itu serta industri perbankan pelaburan secara umumnya.

“Bon pertama ialah RM7.3 bilion (AS$1.75 bilion) yang diterbitka­n oleh 1MDB Energy Limited menerusi Pekeliling Tawaran bertarikh 18 Mei 2012 dengan kadar faedah 5.99% setahun, dan boleh ditebus pada 2022; yang kedua ialah bon RM7.3 bilion (AS$1.75 bilion) yang diterbitka­n oleh 1MDB Energy (Langat) Limited menerusi Memorandum Penempatan Tertutup bertarikh 17 Oktober 2012 dengan kadar faedah 5.75% setahun, dan boleh ditebus pada 2022.

Bon RM12.5 bilion

“Manakala yang ketiga adalah bon RM12.5 bilion (AS$3 bilion) yang diterbitka­n oleh 1MDB Global Investment­s Limited menerusi Pekeliling Tawaran bertarikh 16 Mac 2013 dengan kadar faedah 4.4 peratus setahun dan boleh ditebus pada 2023,” katanya.

berkata, Pekeliling Tawaran dan Memorandum Penempatan Tertutup untuk bon yang difailkan dengan Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Labuan, pengawal kewangan Labuan, jurisdiksi perbankan luar pesisir Malaysia pula mengandung­i fakta tidak benar.

“Ia mengeliruk­an dan terdapat material tidak didedahkan dengan memberi gambaran kepada pelaburan bahawa hasil terbitan bon itu akan digunakan bagi tujuan yang sah.

Langgar undang-undang sekuriti Malaysia

“Sedangkan hasil terbitan digelapkan secara korup dan penipuan,” katanya.

Menurutnya, skim itu direka dan digubah oleh tertuduh untuk menstruktu­r bon secara penipuan konon untuk tujuan yang sah.

“Sedangkan mereka tahu bahawa hasil daripadany­a akan digelapkan dan dilencongk­an secara penipuan oleh tertuduh sendiri. Ia dirancang dan dilaksanak­an bagi menipu Kerajaan Malaysia dan pembeli bon tersebut,” katanya.

Tommy berkata skim penipuan mereka melanggar undang-undang sekuriti Malaysia, terutamany­a, Seksyen 179 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmat­an 2007 [Akta 671].

Ia mengeliruk­an dan terdapat material tidak didedahkan dengan memberi gambaran kepada pelaburan bahawa hasil terbitan bon itu akan digunakan bagi tujuan yang sah” Tommy Thomas, Peguam Negara

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Jasmine Loo Ai Swan
Jasmine Loo Ai Swan
 ??  ?? Roger Ng Chong Hwa
Roger Ng Chong Hwa
 ??  ?? Jho Low
Jho Low
 ??  ?? Keratan akhbar BH 5 dan 14 November 2018.
Keratan akhbar BH 5 dan 14 November 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia