Berita Harian

Permohonan sertai BERSATU dipertimba­ng, kaji dahulu

Keahlian diterima jika didapati sesuai, ditolak kalau tidak: Dr M

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaska­n semua permohonan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan dipertimba­ng dan dikaji terlebih dahulu sebelum diterima.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU berkata, tidak semua permohonan akan diterima.

“Kita akan timbang, kalau sesuai kita boleh terima, kalau tak sesuai kita tidak boleh terima.

“Kita tidak boleh terima semua orang. Kita kena kaji dulu,” katanya ketika ditemui pada sesi dialog Perdana Menteri bersama 50 pemain industri anjuran Kumpulan Industri Kerajaan Untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) di sini, semalam.

Mengulas mengenai permohonan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang ingin menyertai BERSATU, Dr Mahathir berkata, pihaknya juga akan mengkaji permohonan itu.

Rahim bebas keluar UMNO

“Dia (Rahim) bebas selepas keluar UMNO sebelum ini. Kalau dia sesuai kita terima,” katanya.

Kelmarin, Rahim menyerahka­n borang keahlian menyertai PPBM kepada Pengerusi Perhubunga­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Melaka, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Dr Mahathir turut menegaskan, BERSATU tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah.

“Tidak, kami tidak akan membuka sebarang (cawangan BERSATU) di Sabah tetapi orang Sabah boleh menyertai parti ini,” katanya ditanya mengenai kemungkina­n BERSATU meluaskan sayapnya ke Sabah.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan, berkata terdapat permintaan untuk parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan pemimpin kanan UMNO negeri itu bertindak keluar parti.

Tuduhan tak bermakna salah

Mengenai kedudukan Setiausaha Politiknya, Muhammad Zahid Md Arip yang dikaitkan dengan pertuduhan rasuah membabitka­n bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Dr Mahathir berkata, tuduhan sahaja tidak bermakna beliau bersalah.

“Tuduhan bukan bermakna salah. Tuduhan dibuat atas asas-asas yang didapati. Kita kena tunggu sehingga dia (Muhammad Zahid) dibicaraka­n.

“Kalau beliau dibicara dan kalau salah, kita akui dia salah. Tuduhan sahaja tidak bermakna dia salah,” katanya.

Menurut laporan sebuah portal berita, Muhammad Zahid disebut dalam sembilan dari 10 pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohd Isa kerana didakwa menerima sogokan RM3 juta dari pembelian sebuah hotel di Kuching.

Muhamad Zahid didakwa menjadi perantara antara seorang pengarah di syarikat Gagasan Abadi bernama Ikhwan Zaidel dan Mohd Isa.

Beliau sebelum ini ditahan SPRM pada Ogos 2017 berhubung urusan pembelian hotel itu dan sudah direman selama lapan hari.

Kita akan timbang, kalau sesuai kita boleh terima, kalau tak sesuai kita tidak boleh terima. Kita tidak boleh terima semua orang. Kita kena kaji dulu” Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi BERSATU

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir melihat pameran ketika hadir pada sesi dialog Perdana Menteri bersama 50 pemain industri anjuran Kumpulan Industri Kerajaan Untuk Teknologi Tinggi di Cyberjaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir melihat pameran ketika hadir pada sesi dialog Perdana Menteri bersama 50 pemain industri anjuran Kumpulan Industri Kerajaan Untuk Teknologi Tinggi di Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia