Berita Harian

Kerusi Parlimen Cameron Highlands kosong sejak Sabtu

-

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam menerima surat pemakluman daripada Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands mulai 15 Disember lalu.

Yang di-pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, berkata kekosongan kerusi Parlimen itu berlaku berikutan penyandang­nya, Datuk C Sivarraajh gagal mengemukak­an rayuan terhadap keputusan Hakim Pilihan Raya yang mengisytih­arkan Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi kawasan Cameron Highlands adalah terbatal dan tidak sah.

Isytihar keputusan terbatal

“Mahkamah Tinggi juga pada 13 Disember 2018 mengeluark­an perakuan menurut Seksyen 36(2)(a), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengisytih­arkan Pilihan Raya Umum bagi Parlimen P.078 Cameron Highlands pada 9 Mei adalah terbatal.

“Pihak SPR akan mengadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan berkenaan,”katanya, lapor BERNAMA.

Mesyuarat khas

Di Putrajaya, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRK Parlimen Cameron Highlands pada esok.

Katanya, mesyuarat akan membincang­kan mengenai tarikh penting urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain diperlukan bagi melaksanak­an pilihan raya berkenaan.

SPR akan mengadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut 60 hari daripada tarikh kekosongan” Mohamad Ariff Md Yusof, Yang di-pertua Dewan Rakyat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia