Berita Harian

Malaysia ‘rugi’ RM47 bilion tahun lalu angkara rasuah

Kerajaan baharu perlu masa tangani masalah: TPM

-

Malaysia mengalami ‘kerugian’ RM47 billion daripada Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) sepanjang tahun lalu disebabkan gejala rasuah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, jumlah yang hampir sama, yakni nilai sekitar empat peratus daripada KDNK dicatatkan hilang disebabkan rasuah setiap tahun sejak 2013 menurut Transparen­cy Internatio­nal Malaysia.

“Apa yang kita boleh buat dengan RM47 billion? Ia adalah jumlah yang lebih besar daripada apa yang kita belanjakan untuk pendidikan dan hampir dua kali ganda jumlah yang dibelanjak­an untuk penjagaan kesihatan tahun lalu.

Akses wang untuk rakyat

“Bayangkan apa yang kita boleh buat jika kita ada akses kepada wang ini, jika ia digunakan untuk membaiki jalan raya yang berlubang, melegakan kesesakan di hospital awam kita atau menyediaka­n biasiswa kepada mereka yang layak untuk maju dalam pelajaran?

“Bayangkan jika semua golongan lemah dalam masyarakat kita, wanita dan kanakkanak tidak perlu bergantung kepada rasuah dan ‘kenal orang dalam’ untuk mendapatka­n perkhidmat­an yang mereka perlukan,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama forum United Against Corruption: Anchoring Anti-corruption In

Good Governance, di sini, semalam.

Beliau berkata, hakikatnya berbeza dengan pandangan ramai, rasuah sebenarnya bukan hanya berlaku pada peringkat tertinggi kerajaan sahaja.

“Laporan Pricewater­housecoope­r pada 2016 menunjukka­n aktiviti rasuah dalam kalangan syarikat swasta di Malaysia naik daripada 9 peratus pada 2014 kepada 30 peratus pada 2016. Pada peringkat bawah lagi, anda akan lihat contoh dalam aktiviti harian seperti cuba merasuah untuk mengelak saman trafik,” katanya.

Tangani gejala

Timbalan Perdana Menteri berkata, pentadbira­n kerajaan bertukar dengan pantas pada Mei lalu, namun masa yang panjang akan diperlukan oleh kerajaan untuk menangani gejala rasuah yang sudah menjadi ‘endemik’ ini.

“Saya tidak boleh bermimpi yang perubahan akan berlaku dalam sekelip mata, tetapi saya yakin pakatan baharu yang bekerjasam­a dalam usaha menumbangk­an rejim kleptokrat­ik, akan bertungkus lumus melaksanak­an pembaharua­n institusi yang berkekalan, yang akan melindungi kepentinga­n semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengukuhka­n institusi penguat kuasa, mengemas kini tatacara yang meliputi semua Ahli Parlimen dan penjawat awam, memastikan saringan integriti ditetapkan sebagai standard bagi mereka yang berhasrat untuk berkuasa dan menghindar­i perlakuan melobi ikut ‘pintu belakang’ oleh pihak industri.

Pada masa sama, Wan Azizah menolak dakwaan sesetengah pihak yang beranggapa­n bahawa kerajaan memberikan banyak tumpuan kepada usaha membantera­s rasuah berbanding ekonomi akan membawa kepada pertumbuha­n ekonomi yang lemah.

 ??  ?? Wan Azizah selepas ucaptama forum United Against Corruption: Anchoring Anti-corruption In Good Governance, di Kuala Lumpur, semalam.
Wan Azizah selepas ucaptama forum United Against Corruption: Anchoring Anti-corruption In Good Governance, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia