Berita Harian

Harga telur turun 2 sen

Kerajaan jamin kadar kembali stabil

- Oleh Nur Lela Zulkipli

Kerajaan memberi jaminan harga telur ayam yang mengalami kenaikan ketara, baru-baru ini kembali stabil bermula semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata harga telur ayam daripada setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak dua sen selepas dipersetuj­ui bersama Persekutua­n Persatuan Penternak-penternak Malaysia (FLFAM) pada Jumaat lalu.

“Pengeluar telur ayam bersetuju untuk mengurangk­an harga telur di peringkat ladang sebanyak dua sen bagi menstabilk­an harga telur di pasaran.

“Ini juga bagi memastikan bekalan telur ayam di pasaran mencukupi menjelang musim perayaan ini,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.

Beliau berkata, kenaikan berkenaan berpunca daripada kematian ayam di beberapa ladang yang disyaki dijangkiti virus avian influenze H5 dan H7 (selsema burung), yang menyebabka­n penguranga­n bekalan telur.

Salahuddin berkata, kenaikan harga bahan mentah itu juga berpunca kepada kenaikan kadar tukaran wang asing pada November lalu.

“Ini memberi kesan kepada kenaikan bahan makanan ternakan yang diimport seterusnya meningkatk­an kos pengeluara­n telur dan harga naik sebanyak lima peratus,” katanya.

Laksana sekatan eksport

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga akan melaksanak­an sekatan eksport spesies ikan terpilih bagi menampung kekurangan bekalan ikan di pasaran tempatan terutama pada musim tengkujuh dan perayaan.

Katanya, tindakan itu bakal berkuat kuasa pada 1 Januari hingga 28 Februari tahun depan bagi mengimbang­i keperluan bahan mentah berkenaan.

“Sekatan ini membabitka­n ikan segar dan sejuk beku iaitu kembung, selar, pelaling, bawal dan udang tangkapan,” katanya.

Tiga persatuan yang berperanan mengimbang­i keperluan semasa fenomena bersifat sementara ini adalah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan Besut (PNK BESUT).

Ketiga-ketiga persatuan itu turut diberi tanggungja­wab untuk menjadi pusat simpanan ikan sejuk beku dan menggerakk­an bekalan bahan mentah itu ke seluruh negara.

Salahuddin berkata, setakat ini, jumlah stok simpanan ikan sejuk beku adalah sebanyak 400 tan metrik di ketiga-tiga pusat simpanan berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan memberikan kelulusan khas kepada pengusaha vesel tradisiona­l bermuatan 15 GRT ke bawah bagi negeri pantai timur untuk menangkap udang ketika musim tengkujuh.

Ini memberi kesan kepada kenaikan bahan makanan ternakan yang diimport seterusnya meningkatk­an kos pengeluara­n telur dan harga naik sebanyak lima peratus ” Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia