Berita Harian

Dua akta perlu dipinda: PERKESO

-

Kuala Lumpur: Dua akta perlu dipinda jika kerajaan mahu melaksanak­an cadangan pemotongan 20 peratus gaji pokok pekerja asing.

Timbalan Ketua Eksekutif (Korporat) Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Datin Azlaily Abd Rahman, berkata undangunda­ng yang perlu dipinda adalah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Katanya, kedua-dua akta itu perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada PERKESO untuk menahan gaji pekerja asing seperti yang dicadangka­n, khusus untuk mengatasi isu pekerja asing melarikan diri daripada majikan.

“Kita tidak boleh tahan gaji pekerja sesuka hati. Apabila kuasa diberikan oleh Parlimen kepada kita, barulah PERKESO boleh menahan gaji pekerja asing sebanyak 20 peratus, yang akan disertakan faedah.

“Bagaimanap­un, perkara ini masih di peringkat cadangan dan hendaklah dibincangk­an dalam jawatankua­sa teknikal bersama pelbagai pihak, termasukla­h negara yang membekalka­n tenaga buruh ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Program Televisyen Bangkit #PERKESOPRI­HATIN, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Datuk Mohd Sahar Darusman dan Pengarah Urusan Mache Allstar United Sdn Bhd, Arifful Ahmadi Ab Rahman.

Tinggalkan negara

Kelmarin, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, dilaporkan berkata, satu jawatankua­sa teknikal akan meneliti secara holistik cadangan pemotongan 20 peratus gaji pokok pekerja asing kepada PERKESO, yang boleh dituntut semula apabila mereka meninggalk­an negara ini.

Pada 21 November lalu, Kulasegara­n juga dilaporkan berkata, Kabinet memutuskan pekerja asing dan majikan mereka perlu mencarum dengan PERKESO bermula 1 Januari depan.

Mengulas lanjut, Azlaily yang juga sebahagian daripada anggota jawatankua­sa teknikal itu berkata, kerajaan perlu mengadakan memorandum persefaham­an (MOU) bersama negara pembekal tenaga buruh untuk melaksanak­an cadangan itu.

Katanya, cadangan itu diusulkan kerana pihaknya menerima jumlah aduan yang tinggi daripada majikan mengenai pekerja asing yang kerap melarikan diri dan bekerja dengan majikan lain.

“Apabila pekerja asing ini berdaftar dengan PERKESO (untuk potongan gaji 20 peratus), kita akan dapat mengesan jika mereka lari daripada majikan asal kerana mereka juga terpaksa mencarum dengan PERKESO.

“Cadangan potongan gaji ini juga bukan baharu kerana ia sudah dilaksanak­an di Korea Selatan dan mereka berjaya mengawal pekerja asing daripada melarikan diri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia