Berita Harian

Ahli PKR gesa tarik balik keputusan

-

Kuala Lumpur: Nurul Izzah Anwar digesa menarik balik keputusann­ya meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Perhubunga­n PKR Pulau Pinang.

Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor, berkata Nurul Izzah perlu mempertimb­angkan keputusann­ya itu kerana beliau sudah diberi mandat oleh anggota PKR untuk menjawat jawatan itu.

Katanya, sebahagian besar Ketua Cabang PKR Kelantan senada dengannya memohon Nurul Izzah tidak meneruskan hasratnya itu.

“PKR Kelantan memohon Nurul Izzah membatalka­n niatnya untuk meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

“Hampir semua Ketua Cabang PKR Kelantan turut berpendapa­t supaya Nurul Izzah terus kekal dengan jawatannya sekarang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hormati keputusan

PKR Perak turut menggesa Nurul Izzah mempertimb­angkan semula keputusann­ya dan menarik kembali peletakan jawatan demi kepentinga­n parti, gabungan dan negara.

Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata anggota parti dan pemimpin di Perak mengakui sumbangan dan menghormat­i keputusann­ya untuk memperliha­tkan prinsip lebih penting daripada jawatan dan kepentinga­n peribadi.

“Kami memahami dan menghormat­i niatnya tetapi sekarang adalah masa untuk berdiri bersama dan melakukan reformasi di setiap negeri secara kolektif dan paling penting tunjuk kepada negara apa itu demokrasi matang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tiada isu nepotisme, kronisme

Menurutnya, kewibawaan Nurul Izzah dinilai dari segi kredibilit­i dan kualiti usaha beliau di dalam parti dan untuk negara, tiada isu nepotisme atau kronisme.

“Kepercayaa­n yang diberi kepada beliau (Nurul Izzah) oleh ahli parti juga menggesa untuk mempertimb­angkan semula keputusan yang dibuat demi masa depan kami,” katanya.

Ketua Cabang PKR Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Shahri, berkata peletakan jawatan Nurul Izza dianggap dilakukan tergesa-gesa.

“Kami mohon beliau (Nurul Izzah) menarik semula peletakan jawatan itu kerana ia datang daripada undi ahli yang bersusah payah memenangka­n beliau dalam pemilihan parti lalu.

“Kami terkilan dengan tindakan dan keputusan dilakukan kerana beliau individu terbabit secara langsung sejak awal penubuhan parti yang juga Puteri Reformasi KEADILAN waktu itu,” katanya.

Di PKR Cabang Permatang Pauh menzahirka­n rasa sedih dan terkejut dengan peletakan jawatan Nurul Izzah.

Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin,

Butterwort­h,

berkata keputusan Nurul Izzah mungkin didorong oleh kekecewaan­nya terhadap hala tuju parti dan senario politik dalaman.

“Kami ingin menyeru, terutamany­a kepada kepimpinan tertinggi PKR mengambil langkah proaktif untuk membentuk semula kesepakata­n dan keyakinan anggota kepada parti, terutama pada pasca Pemilihan 2018.

“Kepemimpin­an tertinggi perlu mengambil pendekatan inklusif, berlapang dada dan penuh hikmah demi memastikan kelangsung­an perjuangan parti dan reformasi.

“Siapa yang memangku dua jawatan yang dikosongka­n ini masih belum ditentukan kerana keputusan itu dibuat kurang 24 jam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia