Berita Harian

Singkir Latheefa Koya: Abdullah Sani

Bekas anggota MPP PKR dianggap duri dalam daging

- Oleh Oleh Junita Mat Rasid dan Mohd Iskandar Ibrahim

Bekas Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya disifatkan sebagai ‘duri dalam daging’ dan perlu disingkir daripada parti.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Latheefa yang dilihat tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan PKR disifatkan biadap kerana kerap mengkritik keputusan parti.

“Bagi saya dia umpama orang yang hilang arah tuju dan apakah dia ingat dia sempurna? Jika tidak bersetuju, boleh bagi surat kepada Presiden atau Setiausaha Agung, bukan tunjuk protes di media.

“Tindakanny­a membelasah kepemimpin­an adalah amat tidak bermaruah dan saya menganggap dia sebagai duri dalam daging yang perlu disingkirk­an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Media sebelum ini melaporkan Latheefa membidas parti itu yang didakwa mengamal kronisme dan nepotisme dalam melantik Pengerusi PKR negeri termasuk pelantikan anak presidenny­a, Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Latheefa berkata, mengikut perlembaga­an parti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya berunding dengan ketua cabang negeri sebelum membuat sebarang lantikan.

Tiada kewibawaan

Mengulas lanjut, Abdullah Sani yang juga Anggota MPP PKR berkata, Latheefa tidak memiliki kewibawaan dan tanggungja­wab untuk terus berada di dalam parti.

“Saya cadangkan dia dilucutkan keanggotaa­nnya. Jika tidak berpuas hati, keluar, kita tidak perlukan dia, apa sumbangan dia kepada parti, asyik mengkritik, dia terlampau biadap,” katanya.

Di Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse, berkata pelantikan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim sebagai Pengerusi PKR negeri adalah mengikut perlembaga­an.

Katanya, Anwar mengadakan perjumpaan dengan semua ketua cabang di Johor, Jumaat lalu dan hasil perjumpaan, semua ketua cabang

Johor Bahru,

mengemukak­an pilihan mereka siapa patut memegang jawatan Pengerusi MPN Johor.

Beliau berkata, selepas Hassan diumumkan sebagai Pengerusi MPN Johor pada malam itu, tidak ada pihak mempertika­ikan sama ada Hassan pilihan majoriti atau tidak kerana ketua cabang di Johor sendiri tahu siapa yang mereka pilih.

“Kenyataan Latheefa Koya yang mempertika­ikan keputusan proses pemilihan (pengerusi) adalah langsung tidak berasas dan tidak disokong oleh apa-apa bukti. Kenyataan sebegini seharusnya diambil dengan pinch of salt,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia