Berita Harian

Perlembaga­an Persekutua­n satukan bangsa

-

Perlembaga­an Persekutua­n memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetuj­ui oleh negarawan kemerdekaa­n negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Loke dan Tun V T Sambanthan. Perlembaga­an itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan.

Perlembaga­an Persekutua­n menggarisk­an pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berperlemb­agaan, Islam sebagai agama Persekutua­n, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Mengambil kira rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan, Raja Berperlemb­agaan menjadi simbol perpaduan, bahasa ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentinga­n minoriti lainnya.

Hakikatnya, tiada negara dalam dunia tidak memiliki kumpulan etnik yang menjadi pengasasny­a. Nyata daripada pembentuka­n Perlembaga­an Persekutua­n, Malaysia sebuah negara berasaskan etnik, anak watannya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan warganegar­anya terdiri kepelbagai­an etnik dan agama.

Sarjana Inggeris, J S Furnival menyatakan bahawa sebuah negara majmuk seperti Malaysia pasti tidak akan menjadi stabil oleh kerana setiap kumpulan etnik hidup terpisah, terasing dan terputus. Jelas, tesis Furnival ini meleset apabila selepas merdeka, Dasar Ekonomi Baharu (DEB) telah mengubah pemecahan dan pekerjaan mengikut etnik.

Pembanguna­n berlaku dengan pelaksanaa­n DEB sehingga membawa perubahan sosial dan transforma­si masyarakat melalui proses perubahan sektor kerja dari sektor pertanian kepada sektor komersial dan industri. Kalau dahulu wujud golongan miskin, sekarang muncul kelas menengah dan negara bersifat kekampunga­n kini menjadi kosmopolit­an.

Masyarakat rencam

Perubahan sosial dan transforma­si masyarakat telah membina budaya moden dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun wujudnya kepelbagai­an bangsa, rakyat masih berbangga dengan identiti etnik masing-masing berteraska­n ruang sivik yang semakin melebar dengan mengutamak­an kestabilan, kemajuan, keadilan, keterangku­man, kebebasan, hak dan demokrasi.

Pendapat awam dimiliki mereka lebih berbentuk persamaan dari perbezaan. Mereka berhubunga­n bukan dengan mengambil dimensi etnik dan agama yang memisahkan mereka tetapi bersifat mendatar dipengaruh­i oleh nilai sivik sepunya. Ini menggambar­kan masyarakat Malaysia hari ini bukan sebuah masyarakat majmuk tetapi sebuah masyarakat yang rencam sosialnya.

Kajian menunjukka­n kesepaduan sosial dan etos bangsa terbina dengan baik di negara ini. Keharmonia­n ini telah menstabilk­an negara hingga kemajuan negara terjamin. Namun, ada pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen pada peringkat antarabang­sa bahawa hubungan etnik di Malaysia adalah buruk, berlaku diskrimina­si dan penghapusa­n etnik.

Tidak dinafikan berlaku ketegangan sosial disebabkan oleh desakan tuntutan etnik dan pergaduhan antara kaum. Namun begitu, kajian sebelum ini mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Selangor dan di Sungai Petani, Kedah menunjukka­n pertembung­an etnik ini tidak berasaskan perbezaan etnik tetapi kegagalan governans kerajaan tempatan dan negara dalam mengurus kemiskinan warisan dalam etnik terbabit.

Malahan, laporan Indeks Kedamaian Sedunia 2018 menunjukka­n Malaysia berada pada kedudukan 25 global dalam kategori golongan negara damai.

Jika kita bandingkan jangka hayat damai di Malaysia dengan Sri Lanka, Myanmar dan jiran negara ASEAN lain, data menunjukka­n keganasan lebih ketara di negara berkenaan.

Nyata rakyat pelbagai etnik dan agama perlu mengenal dan berbangga dengan negaranya sendiri. Di Itali, peniaga Cina tidak dibenarkan memasang tanglung di kedai bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Di Amerika Syarikat, pemandu kereta ditahan bukan kerana kesalahan lalu lintas tetapi dikeluarka­n kompaun kerana tidak mampu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Di Australia, pembinaan masjid bercirikan negara Islam ditolak kerana dianggap bukan asli kepada landskap arkitek negara itu.

Di China, penduduk Uighur sedang diuji keislaman mereka oleh negara yang berpegang dengan ateisme.

Di Malaysia, oleh kerana kita berpegang dengan prinsip pembinaan negara bangsa bukan asimilasi tetapi integrasi, identiti etnik, sekolah rendah aliran bahasa ibunda dan tempat ibadah sudah diterima bersama.

Tiada negara di ASEAN boleh menerima kepelbagai­an sebagai satu kekuatan negara seperti di Malaysia.

Semua pihak mesti kembali kepada identiti politik negara yang tidak suka mendesak dan memaksa dasar kerajaan ke atas rakyat. Rakyat Malaysia lebih cenderung berbincang dan berunding dengan setiap lapisan masyarakat untuk mencari persetujua­n dan muafakat.

Pegang teguh prinsip integriti

Kita perlu kembali untuk memahami Perlembaga­an Persekutua­n dan Undang-undang Tubuh Negeri. Kita perlu memastikan governans berpegang dengan penuh kepada prinsip integriti, keadilan dan keterangku­man.

Demokrasi dan kebebasan bersuara menjadi asas berpolitik yang perlu didokong. Manipulasi etnik dan agama oleh kepemimpin­an politik dan NGO dalam mengaut pengaruh dan undi perlu ditangani dengan tegas.

Malaysia yang bermula sebagai sebuah negara bercirikan etnik, kini telah melalui proses pembanguna­n yang menyulam nilai sivik dalam governans dan kehidupan rakyatnya bergerak ke arah sebuah negara maju.

Jelasnya, kita perlu mengenali negara sendiri, melihat perubahan sedang berlaku dan menilai pencapaian negara yang rakyatnya mendapat manfaat untuk dikongsi bersama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia